Isnin, 26 Disember 2011

Aku Dan Waktu

Dengan menyebut nama Allah
Aku bakal memulai perjalanan
Sebenarnya apa yang kita rencanakan belum tentu semua terwujud
Tapi tanpa rencana hidup tak akan terarah
Ku cuba bermuhasabah diri
Apa yang telah ku lakukan selama ini
Begitu banyak dosa ku lakukan
Begitu sedikit kebaikan ku lakukan
Di tahun baru ini
Mungkinkah masih ada waktu panjang
Untuk ku memperbaiki diri
Selalu berpesan pada diri
Laju sang waktu tak ada yang mampu menghalangi
Siang dan malam berganti tiada henti
Dan sungguh hidup sangat bererti bila ada tujuan pasti
Jangan sia siakan waktu
Detik dan minit yang akan menghabiskan usia kita
Jaga diri.. awasi diri..
Jangan terulang hidup tanpa tujuan
Seperti masa lalu
Perpisahan memang suatu kepastian
Sering meninggalkan duka lara
Namun jika perpisahan itu demi kebaikan
Alangkah bersyukurnya itu terjadi
Dan perpisahan kita ini
Semoga ALLAH izinkan kita berjumpa lagi
Dalam suasana yang lebih indah daripada hari ini
walau sejujur nya aku berat hati meninggal apa yang telah aku miliki
kerana ia sejarah dalam sebagian kehidupanku
Yang pasti memang kita tidak mungkin selamanya di sini

... Ibu Nora ...
26/12/11.. 2212

Jumaat, 9 Disember 2011

Dialah Allah....

Jangan salah sangka.. Bukan ibu bapa mu yang memaksa kamu menjadi seorang insan yang soleh.. Bukan ustaz yang mengajar mu yang sebenarnya menyuruh mu melakukan ibadah dan menjadi hamba Allah.. Bukan imam di masjid yang berceramah menyuruh mu menjadi hamba yang soleh lagi taat.. Bukan penulis tulisan ini yang menyuruh mu dan dirinya sendiri, menjadi hamba Allah yang sebenar.. Tetapi Allah yang menyuruh kita menjadi hamba yang diredhai Nya dengan melaksanakan tugas tugas kehambaan lalu Dialah yang akan membalasinya.. Penulis tulisan ini, imam masjid, ustaz yang berceramah atau yang mengajar di sekolah, hatta ibu bapa sekalipun, siapa kami dan siapa mereka, untuk menyuruh kamu (dan diri penulis), menjadi hamba Allah yang baik dan taat? Tetapi, yang menyuruh kita menjadi hamba Nya yang taat adalah Allah, Tuhan yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada, daripada tidak memiliki apa apa kepada mendapat segenap nikmat kurnia, daripada air yang tiada nilai kepada insan yang mulia dan Dialah yang akhirnya Tuhan yang akan mengadili kita setelah kita kembali hanya kepada Nya setelah mati nanti..

Kalau kita diberi peluang untuk melawan Allah sekalipun, kita sudah tentu tidak mampu untuk melawan Allah.. Apatah lagi, kita tidak beri peluang langsung untuk bertanya apa yang Dia telah dan akan lakukan kepada kita, sedangkan kitalah yang akan dipertanyakan.. Adakah seseorang itu menyangka dia ialah seseorang jika melakukan penderhakaan kepada Allah dan Allah tercabar dengan kedegilan itu?.. Sejak bila Allah perlukan kita untuk ambil kisah dengan tindakan buruk kita dan sejak bila kerajaan Allah boleh berkurangan dengan penderhakaan kita andai kita sanggup menderhakaiNya?.. Kita tidak cerdik kalau memilih untuk melakukan apa yang kita percaya, hanya kerana itu yang kita percaya, tanpa mengambil kira samada ianya adalah suatu yang hakiki atau khayalan fantasi sendiri.. Kalau kita bukan penasihat kepada diri kita sendiri, maka tiada yang boleh menasihati kita.. Orang boleh ajak kita berfikir, tetapi orang tidak boleh berfikir untuk kita.. Kita pun faham, kita tidak pernah mampu membahagiakan diri kita sendiri dengan apa yang kita cari.. Akhirnya, kebahagiaan itu adalah daripada Allah dan dengan Allah.. Hidup untuk diri sendiri tidak berbaloi kerana mati nanti akan menjadi pemisah terhadap semua yang kita kumpulkan untuk kepentingan sendiri dan diri sendiri pun tidak ada nilai melainkan apa yang di sisi Allah.. Hidup kerana Allah tidak pernah mengecewakan, kerana setiap saat kita berinteraksi dengan Nya sebagai tujuan.. Sebagaimana kita tidak pernah meninggalkan Nya dalam setiap tindakan, kita juga tidak akan ditinggalkan Nya dalam setiap ketentuan.. Bahkan, kita sentiasa bersama denganNya dan bersama dengan kebersamaan tersebut...

Kita masih ada masa, tetapi jangan buang masa.. Kita masih ada peluang, tetapi jangan jadikan sebagai alasan.. Jangan kelalaian semalam menjadi sebab untuk kelalaian esok.. Salah itu bukan alasan untuk terus salah, tetapi adalah sebab untuk melakukan perubahan dan pembetulan ke arah penyempurnan kehambaan.. Ianya adalah tentang sekarang, untuk lakukan apa yang perlu, untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.. Allah Maha Penerima Taubat, bagi mereka yang jujur untuk kembali kepada Nya.. Namun ingatlah, Dia juga Maha berat siksaan-Nya, bagi mereka yang mempunyai rasa berani menderhakai Nya dan berterusan dalam kelalaian kerana puas dengan penderhakaan tersebut.. Taubat boleh membawa kepada menghilangkan dosa besar dengan keampunan Allah sedangkan berterusan melakukan dosa walaupun kecil, tanpa keampunan Allah ia akan menjadi masalah besar kepada si pelakunya di akhirat.. Ia bukan tentang dosa seseorang, tetapi tentang kepada siapa dia melakukan dosa.. Kita adalah hamba samada kita akuinya mahupun tidak.. Bahkan, kita adalah hamba, samada hamba kepada Allah, yang merupakan suatu kemuliaan di sisi Nya, atau hamba kepada nafsu sendiri, yang merupakan suatu kehinaan di hadapan Nya.. Allah adalah Allah jua, tanpa kita.. Namun, siapalah kita, tanpa-Nya?...

... Ibu Nora ...
9/12/11.. 2250

Khamis, 24 November 2011

Merawat Hati

Rasailah nikmat dan bertuahnya menjadi hamba Allah, yang dijanjikan bahawa di sebalik setiap kesusahan akan menanti kebaikan yang berganda ganda.. Segeralah bertindak seperti dalam keadaan anak kecil jatuh dari tempat tinggi dan terluka, pastinya si ibu tidak membuang masa berteriak dan menangisi luka tersebut, sebaliknya secepat mungkin membalut luka itu.. Begitulah juga apabila hati kita terluka, usah terlalu lama meratapi kehancuran.. Tapi segeralah merawatnya kerana tempat di barisan hadapan alam bahagia tidak pernah tertutup andai kita mampu menjadikan semua ilmu dan pengalaman yang dimiliki ke arah lebih baik.. InsyaAllah, pasti putaran bahagia itu akan sampai ke ribaan kerana kabahagiaan itu berputar ke arah kita sebab dunia ini berputar bak roda...

Berusahalah merawat hati, membuat keputusan dan menjadikan setiap keputusan yang di ambil sebagai usaha untuk mencapai bahagia.. Binalah kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan binalah kesedaran bahawa semua yang terjadi telah ditakirkan Nya.. Belajarlah melupakan masa lalu jika kita orang yang berfikir.. Orang yang berfikir akan melipat semua kisah muram masa lalunya, tidak pernah dilihat kembali, ditutupnya minda rapat rapat dan disimpan kemas kemas dalam peti, di ikat kuat dengan tali semangat, diletak di ruang gelap yang tidak tembus cahaya hingga berlalu dan habis terkikis dari hati...

Jernihkanlah fikiran.. Tidak lagi menoleh dan terus berlalu bersama geraknya angin yang sentiasa berhembus kehadapan, air yang mengalir kehadapan dan semua makhluk yang di ciptakannya terus bergerak kehadapan.. Tindakan ini penting kerana umur kita mungkin tinggal hari ini sahaja.. hari inilah matahari bersinar untuk kita.. Binalah keteguhan pendirian dan sedarlah bahawa kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan juga akan lebih memberikan kesan positif daripada negatif.. Yakinlah dari waktu ke waktu pasti ada jalan keluar pada semua masalah...

Akhir kalam, dipesankan bahawa kehidupan ini lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada semua kekayaan di muka bumi ini.. Pastikan jangan sampai hadiah termahal ini terlepas dari tangan.. Hilangkanlah semua rasa dendam di hati dan belajarlah memafkan diri sendiri serta semua orang yang ada hubungan dengan kita secara bahagia atau derita..Setelah memaafkan kita akan merasakan ketenangan yang melembutkan perasaan.. Bawalah kelembutan itu kemana jua kerana di mana pun kelembutan itu berada ia akan menjadi perhiasan kepada pembawanya.. Rawatlah hati kerana hati itu raja kepada anggota.. Jika raja sakit, semua rakyat turut berduka.. Jangan menjadikan luka semalam sebagai teman kerana luka itu akan merosakkan hari yang akan mendatang.. Kehidupan ibarat memetik mawar walaupun terkadang tangan luka tercucuk durinya...

... Ibu Nora ...
24/11/11.. 1732

Sabtu, 12 November 2011

Renunglah Wahai Hati

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menciptakan ketentuan... Walau pada awalnya, itulah jalan yang terbaik, namun rahsia Allah tetap rahsia.. Disembunyikan dari pengetahuan manusia... Dia memberi ujian hanya dalam sekelip mata... Lantas dibiarkan manusia itu mencari jalan keluarnya sendiri... Dibentangnya jalan dengan cara yang cukup terseni.. Diilhamkan penyelesaian yang hanya mampu dilihat oleh hati nurani...

Ya!!... Kamu mampu.. Mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung.. Tapi... "saya dah buat yang terbaik... saya dah istikharah sebelum buat pilihan itu... saya cuba pilih jalan yang paling Allah redhai... tapi sekarang....kenapa saya merasakan pilihan saya dulu adalah kesilapan besar yang pernah saya pilih...kenapa? saya sedih.. " Wahai hati... Renunglah sedalam-dalamnya... Ya.. Mungkin pilihan yang kau pilih adalah yang terbaik untukmu.. Allah tahu betapa kau telah berusaha sebaiknya tapi pernahkah kau fikir, kenapa Allah masih memberi kesukaran buatmu? Renunglah dengan mata hatimu, diamlah sejenak... Wahai hati.. Berbaik sangka lah pada Allah yang menganugerahkan ujian ini kepadamu... Mana mungkin Allah tidak mengerti hati hambaNya.. Belailah jiwa.. Apa yang Allah cuba lakukan ini adalah suatu ketentuan yang tersirat dalam rahsianya... Pasti Allah sebagai Pencipta segalanya punyai jawapan atas setiap ciptaanNya....

Wahai hati.. Fkirlah ini.. dulu kau pernah berkata.. "Ujian tanda kasih sayangNya dan ujian adalah anugerah Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.." Lupakah engkau pada ucapan yang keluar dari bibirmu.. Inilah peluangnya untuk kau buktikan kata-katamu itu kerana sampai satu saat Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu.. Ingat..!! "iman itu adalah cabaran..!!" Engkau boleh mengaku engkau mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini... hmm..Inilah yang perlu engkau taruhkan.. Mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi.. Sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran.. Yang lebih hebat lagi.. Takkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah.. Lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah... kalau begini sikapmu wahai hati... macam mana kau nak hadapi ujian yang mendatang?.. Renungkanlah..

Kalau engkau masih bersedih wahai hati.. Ke sini dekat denganku, ingin aku khabarkan berita baik untukmu.. Bukan dariku tapi berita ini dari Allah buatmu andai engkau menghayati setiap apa yang Allah kiaskan dalam Qalam SuciNya ini...

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan." Al-Ahqaf:13-14.

Lihat betapa Allah Maha Memahami.. Dipujuk hatimu sedemiakian rupa lantas dijanjikan lagi dengan 'hadiah' yang paling istimewa.. Cuma satu perkara yang perlu kamu pertahankan adalah sabar.. Sabar dengan ujian dan sabar menanti anugerah dari Allah.. wahai hatiku.. Pandanglah semua ini dengan mata hatimu sekali lagi... Bangkitlah, bangun cari rahsia yang Allah sembunyikan dalam Qalam Suci, Al-Quran... susunlah langkahmu pasti ada jalan keluar.. Allah Maha Mengetahui.. Berusahalah walaupun usahamu tidak membuahkan hasil, tapi Dia tahu engkau telah sedaya upaya berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang paling diredhaiNya.. Yakinlah sabarlah.. Malah apapun yang kau cuba jauhkan, diamkan atau sembunyikan pantas Allah lebih mengetahui..

"Katakanlah: jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" Ali-Imran:29

Wahai hati.. Apapun jua ujian yang bakal mendatang setelah ini kuatlah kebergantungan mu padaNya.. Ilham yang terbentang gunakanlah sebaik-baiknya.. Carilah rahsia disebalik rahsia yang disembunyikanNya... Engkau pasti akan menemuinya.. Janji Allah itu PASTI..!!! InsyaAllah.. Sabarlah wahai hatiku dan hatimu jua... 

... Ibu Nora ...
12/11/2011... 1029

Ahad, 30 Oktober 2011

Esok Bukanlah Semalam

Semalam,hari ini dan esok tak pernah pun hilang dari hidup kita, meskipun semakin berjalan waktu, semakin jauhlah ia.. Namun, bekas-bekasnya sentiasa ada.. Selagi kita bernyawa kita berada di sini, di tempat kita pada hari ini pun kerana peristiwa semalam dan kita berada di mana-mana jua pada esok hari pun kerana peristiwa hari ini.. Adakalanya, semalam itu lebih besar nilainya buat seseorang berbanding esok.. Semalam itu mendewasakan sedangkan esok me"remaja"kan.. Semalam makin bertambah sedangkan esok semakin berkurangan..

Hari ini dan esok, jangan pernah mahu mengaku kalah,jangan kerana hati disakiti.. Kita ingin musnahkan hidup kita.. Kembali pada niat asal cita-cita kita, apa yang ingin kita gapai dalam hidup, cari semula kekuatan dalam diri,bina semula jiwa yang terluka dengan kekuatan baru.. Orang yang selalu sabar,tak pernah berputus asa walaupun apa yang dihadapinya itu menyakitkan, akan selalu mendapat keuntungan dan kebahagiaan di akhirnya.

Hidup kita akan selalu dan tetap positif walaupun sakit bila kita diuji, walaupun pedih bila hati kita disakiti seandainya kita menerima segala takdir yang menimpa.. Semakin kita menghayati nilai takdir dengan kacamata iman, akan membawa kita semakin hampir pada Maha Pencipta.. Di kala itu, pintu kebahagiaan pasti akan terbuka untuk kita.. Apa yang kita lalui sebenarnya kita tak pernah bersendirian tapi DIA selalu bersama kita..

Andai kita melalui kehidupan hanya dengan menghadap ke arah hadapan tanpa menghadap ke arah belakang bererti kita tidak menghadap ke mana-mana arah sama sekali.. Sebab yang berlalu itu pelajaran.. Orang yang tak tahu menghargai hari yang telah berlalu, nescaya dia takkan tahu menghargai hari yang akan datang.. "Masa hadapan" dibina dengan "masa silam" kerana semalam juga adalah sebahagian daripada hari esok.. Mungkin ada yang mengatakan,'Awak dah berubah,tak seperti dulu'...

Hanya mampu tersenyum,tak perlu kata apa-apa.. Yang penting,cuba kembali membina jiwa, berubah ke arah lebih baik, lebih matang, lebih dewasa.. Kita berusaha untuk bina kekuatan jiwa, kata seorang sahabat.. "Semua orang berusaha.. Namun,natijah usaha itu tetap apa yang telah ditentukan oleh Allah.. Maka,redhalah dengan setiap ketentuanNya.. Andaikata seseorang ditakdirkan miskin oleh Allah misalnya, adakah dengan bersifat tidak redha terhadap ketentuanNya terhadap takdir tersebut boleh menyebabkan dia menjadi kaya?"..

Setiap orang pernah terluka hatinya, sebab itu satu perasaan yang DIA kurniakan dalam tiap-tiap diri manusia.. Kecewa atau dikecewakan, semuanya memberi kesan kepada kita.. Mungkin bila kita kecewa atau dikecewakan, dapat melembutkan jiwa kita yang ego selama ini.. Ataupun apa saja hikmah yang terkandung di sebalik anugerah kurniaanNya itu.. Sunnatullah dalam kehidupan ini dipenuhi dengan seribu satu ujian.. Sebab itu hidup duniawi ini terlalu sempit untuk mencari makna kebahagiaan sejati padanya melainkan orang yang bergantung padaNya.. Kebahagiaan hakiki takkan hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendak diri sendiri tapi ia hanya hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendakNya..

Semalam bukannya hari ini dan hari ini bukannya esok.. Tapi semalam,hari ini dan hari esok semuanya ada pengertian tersendiri untuk kita hayati...

... Ibu Nora ...
30/10/2011.. 1044

Ahad, 16 Oktober 2011

Biarkan Angin Itu Berlalu

Kita berpaling ke belakang seketika.. Luka semalam seakan akan tak mungkin sembuh.. Tanah yang kita pijak seakan akan masih basah kerana hujan kemarin.. hurm.. Mengapa mesti menoleh kalau sudah tahu ia tak akan kembali.. Seharusnya kita sedar bahawa hidup bukan lagi untuk semalam.. Tapi untuk hari ini dan esok.. Semalam biarkan saja pergi.. Ia sudah menjadi guru.. Agar kita belajar sesuatu darinya .. Sekurangnya kegagalan semalam memberi kita nafas baru untuk kembali berdiri hari ini.. Nafas harapan supaya terus melangkah untuk esok...

Wahai diri yang gagal.. Ingatlah ketika kita terduduk.. Jalan untuk bangun sentiasa akan ada .. Terus meratapi kegagalan tidak akan mengembalikan apa apa.. Sebaliknya kita harus mengumpul kekuatan baru untuk bangkit semula... Dihujung terowong pasti ada cahaya.. Yakinlah kerana selain keazaman belajar dan usaha yang berterusan, doa serta tawakal, KEYAKINAN adalah kunci kejayaan.. Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah gagal tapi mereka bangun dan belajar daripada kegagalan.. Dan mereka tidak pernah menyerah kalah.. Mereka cuba dan terus mencuba.. Mereka bukan manusia luarbiasa tapi manusia biasa yang semakin di uji menjadi semakin kuat, tabah, gigih, berani dan akhirnya berada di puncak.. hmmm...... Diri ingin menjadi seperti mereka.. Berikan diri kekuatan itu Tuhan ...

Wahai angin... Terima kasih kerana membawa kedukaan semalam berlalu bersamamu.. Wahai diri.. kita hidup bukan untuk gagal.. Gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya.. Lupakan kegagalan semalam.. Teruskan kehidupan hari ini.. Dan esok biar Tuhan yang tentukan..

~ never say never! ~

... Ibu Nora ...
15/10/2011... 2318

Ahad, 9 Oktober 2011

Berpijak Di Bumi Nyata

Perkhawinan.. Satu alam yang saya percaya semua orang mengimpikannya.. Bukan setakat bahagia tetapi juga mendapat keredhaanNya.. Tetapi sebenarnya dalam alam perkahwinan , apa yang kita mahu?...

Semasa kita bercinta, saling merindu, mengimpikan satu ketika nanti kita akan hidup bersama, apa yang kita harapkan?.. Seorang gadis kepada tunangnya?.. Seorang lelaki kepada bakal isterinya?.. Apa yang ada dalam impian masing-masing tika itu?..

Saat lelaki menggenggam kemas tangan kadi, berdebar untuk menyahut akad, tentunya tertanam azam untuk memulakan bahtera rumah tangga yang indah dan damai, penuh mawaddah dan rahmah..

Tatkala dara menanti dengan penuh resah, saat sah nya dia menjadi seorang isteri, tentu dalam dadanya, terdetik semangat untuk menjadi seorang isteri yang paling baik buat seorang lelaki yang kini bergelar suaminya.. Lalu, bila masa berlalu.. tahun berganti tahun, apa sebenarnya yang telah berlaku?

Mengapa impian, azam, semangat itu telah kian pudar atau hilang sama sekali?.. Yang tinggal hanya pandangan duka, niat untuk berpisah, perasaan terluka, rasa rendah diri, merasa seperti sampah di mata pasangan.. seolah olah bahagia itu sesuatu yang jauh.. Tak akan mungkin kesampaian.. Masing-masing nampak silap dan salah pasangannya.. Merasa ketakupayaan diri untuk membetulkan haluan bahtera yang telah tersimpang jauh dari landasan mawaddah dan rahmah ALLAH. merasa seolah melalui hari-hari bersama kerana itulah yang perlu di buat..

Bangun pagi, buka mata, kemudian buat apa yang perlu dibuat.. Tanpa ada lagi tautan hati dengan pasangan.. Jiwa mudah tersentuh.. Hati mudah terluka, perasaan mudah tersisih.. Memandang pasangan bukan lagi dengan pandangan kasih.. Sebaliknya dengan hambar dan tawar.. Kekadang hati mahu mendekati tetapi pasangan pula membina benteng.. Sehingga rasa benteng itu tak akan dapat diruntuhkan.. Akhirnya jiwa makin jauh..

Lalu, bagaimana mahu dilakukan?.. Tahukah sebenarnya bahawa bahagia itu bermula di hati?.. Siapa yang berkuasa atas hati kita?.. Sekiranya kita dapat menjawab soalan ini, sesungguhnya jalan kebahagiaan itu sudah ada, cuma belum diterokai.. Apabila kita mampu meletakkan jawapan itu dalam pengamalan kita, barulah penerokaan kebahagiaan dalam tangan kita, dan insyaAllah bahagia milik kita..

Hati itu milik ALLAH.. TerserahNYA mahu meletakkan bahagia itu di dalam hati hambaNYA, cuma satu perlu kita ingat.. ALLAH tak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya.. belajarlah mencari jalan itu dengan kekuatan doa..

... Ibu Nora ...
09/10/2011... 1132

Khamis, 6 Oktober 2011

Aku Bersujud Pada MU

Ya Allah.. Yaa Robb sekalian alam.. Sungguh Dahsyat dan Luar biasa Kebesaran dan Keajaiban MU ya ALLAH.. Betapa kotor dan buruknya diri hina ini hingga membuat tak kuasa ku menggangkat kepala memandang MU.. ya ALLAH.. tertunduk wajahku merona memerah tersipu sendiri..

Betapa sungguh malunya diri hina ini untuk berkata kata kepada Mu.. ya ALLAH.. Tetapi sungguhlah kepada siapa lagi aku harus mencurahkan isi hati gelisah duka laraku.. Engkau Maha Pemelihara.. Maha Mengetahui dan Maha dari sekian Maha.. Tanpa ku pinta.. tanpa ku mohon.. kau pelihara aku dan keluargaku dari pagi hingga malam menjelang datang..

Ya ALLAH.. Ya Robb.. sebelum aku meminta sesuatu untuk diriku engkau sudah memberikannya.. Engkau sudah menyediakan semuanya.. sungguh membuatku semakin tersipu sipu malu melihat Kebesaran dan Keajaiban MU ya ALLAH.. Bagaimana aku bisa kecewa dan gelisah gundah gulana jika Engkau selalu menghibur dan menyapaku mesra dengan segala kelembutan dan kerinduan MU.. ya ALLAH.. Bagaimana aku bisa merasa letih dan berbeban berat apabila dengan MU selalu terukir CINTA dengan pena Kasih Sayang meraih diriku.. mengambil beban dari pundakku.. ya ALLAH..

Yang tertinggal dalam diri hanyalah tangis sujud syukur nikmat dan penyerahan diri kepadaNYA.. tersungkur lemah tiada daya upaya.. Dalam kelemahan sangat sapaan itu terasa menggetarkan sang diri terbang melayang hilang kesedaran.. SubhanAllah.. Aku bersujud pada Mu Ya Allah

... Hamba Mu ...
06/10/2011... 2304



Lenyap dalam pelukan Kebesaran dan Keajaiban ALLAH

Warkah Buat sahabat

Sahabat ku...

Sebenarnya ingin ku menulis sebuah warkah kepada kamu meluahkan segala isi hati, menceritakan segala masalah yang dihadapi dan ingin mendengar setiap pujukan yang ikhlas terbit dari hati.. Namun apakan daya, hanya diri ini mampu meluahkannya di sini..

Sahabat, fahamilah.. Diri ini sering melakukan kesilapan, sering ingin memperbaiki diri, namun tidak pernah tetap dalam kata kata.. Diri hanyalah sahabat yang serba kekurangan dari segala segi.. Setiap sifat dan tingkah laku yang ada, diri merasa amat memerlukan bimbingan dan teguran daripada kamu...

Allah mengurniakan diri sahabat kerana inginkan banyak hikmah buat hambaNya.. Mungkin sahabat dicipta sebagai pendokong dan penyokong ketika diri dalam kelemahan, menjadi teman di kala diri ingin berkongsi keriangan, menjadi cermin dalam segala perbuatan.. Jadilah untuk ku wahai sahabat, cermin yang memantulkan segala yang tersembunyi dalam diri ini, cermin yang bersih dari segala kekotoran.. Cermin yang sentiasa bersama-sama dalam setiap masa dan setiap waktu..

Akir kalam

Maafkan diri ini sahabat.. Di atas segala ketidak sopanan dalam persahabatan dan juga maaf di atas segala tindakan serta kata-kata yang mengecewakan dan menyakitkan.. Ketahuilah.. Sayangnya diri ini kepada kamu, seumpama sayangnya diri ini kepada dirinya sendiri….. Moga Allah mengurniakan nikmat persahabatan keranaNya kepada kita yang menjadi asbab kepada redha Allah kepada kita jua.. Ukhuwwah fillah.. Aamiin.. Wassalam..

Salam Ingatan

... Ibu Nora ...
06/10/2011... 1044

Rabu, 5 Oktober 2011

Tarbiyyah Allah Itu Indah

Setiap orang pasti ada titik-titik dalam hidupnya yang meninggalkan kesan besar dan membawa perubahan besar kepada dirinya.. Alhamdulillah, pertemuan aku dengan sebuah dunia sukar tapi indah yang bernama tarbiyyah ini banyak sekali memperkenalkan aku kepada manusia-manusia biasa yang penuh kisah-kisah luar biasa dalam hidup mereka.. Aku selalu memberitahu hati ku bahawa Allah swt tidak akan pernah membiarkan satu detik pun dalam hidup kita itu berlalu sebagai sesuatu yang sia-sia.. Walaupun, ketika itu kita sedang melakukan perkara yang paling sia-sia dalam hidup kita, saat ia telah berlalu, dan kita menyesalinya, menjadilah detik sia-sia itu detik yang bermakna dan berharga sekarang, kerana ia mencetus taubat dan tekad untuk memperbaiki keadaan.. Kerana Allah swt adalah Al-Khaliq yang menjadikan segala sesuatu dalam sebaik-baik rupa dan keadaan.

Kerana itulah seorang mukmin itu meyakini bahawa jalan hidupnya dan segala onak duri yang datang menyimpangi jalan, adalah cantik, baik dan bagus untuknya dan menjadilah dia dari kalangan orang-orang yang bersabar.. Bukan mudah untuk membina feeling sebegini.. Ia perlu tekad dan muhasabah yang besar.. Ramai orang boleh mengucapkan alhamdulillah di saat kemenangan mendatanginya tapi hanya sekelumit yang mengucap syukur dan memuji Allah swt saat kesusahan datang menimpa-nimpa...

Tarbiyyah, menghidangkan manusia-manusia dari kelompok yang kedua ini. Yang ikhlas dan istiqamah, sekalipun di uji.. Walaupun hakikatnya hatinya tetap merasa berat, dia lelah dan penat, tapi kerana ruh tarbiyyah sudah mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah, maka seseorang itu akan tetap bangun dan meneruskan nafas dakwahnya.. Walaupun segala sesuatu disisinya tidak membantu tarbiyyah dirinya, dia akan tetap berkilau.. Kerana hari ini dia logam Islam. Bukan lagi logam jahiliyyah.

Lihatlah diri kita sendiri. Entah dari mana-mana je Allah swt kutip kita, kemudian bersihkan kita, lepas tu Allah swt celup celup kita dengan sebahagian tarbiyyah ini sehingga mata kita yang diselaputi debu-debu jahiliyyah tu akhirnya bersih, cerah, terang, nampak.. Jadi, sebagaimana tarbiyyah boleh dan telah mengubah kehidupan kita, membersihkan diri kita, memberi harapan dan wawasan baru kepada kita, seperti itulah juga kita sepatutnya berharap, berusaha dan berazam sepenuh hati dengan penuh yakin bahawa tarbiyyah ini akan mampu membawa perubahan kepada umat ini juga.

Amal tidak akan berbuah tanpa dibajai keyakinan.. Sesuatu yang kita tidak yakini dengan jelas, kita tidak akan yakin untuk menyampaikannya, apatah lagi memperjuangkannya sehabis daya.. Kalaupun kita berjuang untuknya, kita pasti tidak akan lama, kerana kita menjadi tidak selesa kerana terbeban dengan ketidakjelasan dan kekusutan.

Nafas dakwah masih panjang dan belum berakhir. Dan kita akan terus menyaksikan rombongan demi rombongan manusia meninggalkan bangunan-bangunan dan kompleks-kompleks jahiliyyah kepada binaan-binaan Islam dan titian-titian jannah.

Siapa sangka, suatu hari nanti, mungkin ikhwah yang duduk disebelah kita, 5 tahun yang lalu adalah seorang mat rempit. Tapi Allah menyelamatkannya. Dari jalan raya, dia kini di jalan dakwah. Dan hari ini dia bersama-sama kita. Tidak mahukah kita melabuhkan bahtera penyelamat ini agar seluruh umat dapat berlayar bersama-sama kita?

Allahuakbar.

Betapa besarnya tanggungjawab kita...

... Ibu Nora ...
05/10/2011.. 0022

Isnin, 3 Oktober 2011

Bila Sang Pungguk Berbicara

Apabila Sang Pungguk berbicara, dunia sekeliling sepi dan sunyi bagi mendengar tutur kata Sang Pungguk yang selama ini diam membisu seribu bahasa sambil memandang bulan tanpa kerdipan mata.

Diamnya Sang Pungguk kerana memikirkan diri ini hanyalah seorang hamba, tiada daya upaya, tiada harta yang mampu untuk berbicara.. Daya seorang hamba hanya akur pada suruhan Tuannya, tiada lagi masa atau ketika untuk memikirkan kehendak diri dan kepuasan hati. Apa yang terlintas dihati hanyalah suruhan Tuan yang mesti dipenuhi.

Sang Pungguk masih belum berbicara, apa yang terlintas hanyalah muhasabah seorang hamba, bertelaku, diam membatu diri sambil fikiran jauh melayang memikirkan kebesaran Ilahi. Kecil dan hinanya diri ini untuk berbicara walau sepatah perkataan, adakah kalam yang bakal keluar dari mulut kecil ini diredhai oleh Tuan empunya kalam?

Dunia masih diam membisu, sunyi seketika menunggu saat Sang Pungguk berbicara. Akan tetapi Sang Pungguk masih diam membisu dan masih memikirkan kalam apakah yang mampu seorang hamba berbicara. Supaya kalam hamba itu tetap kalam hamba dan bukanlah kalam Sang Pencipta. Takutnya Sang Pungguk kepada Sang Pencipta kerana dalam diri seorang hamba tiada apa yang hendak dibicarakan.

Akhirnya Sang Pungguk berbicara jua, katanya "Terima kasih wahai Sang Pencipta kerana hamba masih seorang hamba dan hamba bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Mu". Dunia yang sunyi dan sepi mula kembali berbicara, selama Sang Pungguk diam membisu itu sahajakah yang ingin dibicarakan? Kenapa Sang Pungguk tidak menceritakan kisah dirinya yang lama menyepi diri?

Akan tetapi Sang Pungguk pun kembali kepada kedudukan asalnya mendiam diri sambil merenung rembulan mengambang di tengah malam yang sunyi.

Dunia juga tidak lagi mempedulikan Sang Pungguk kerana baginya biarlah Sang Pungguk dengan caranya kerana dunia tetap dunia dan Sang Pungguk tetap Sang Pungguk.

Sekian dulu kisah Apabila Sang Pungguk berbicara, tiada kalam, tiada suara, hanya huruf tersusun mengikut rentakNya..

... Ibu Nora ...
03/10/2011.. 2158

Isnin, 26 September 2011

Wahai Hati...

Hati tiada akan lidah namun ia berbicara
Hati itu tiada jemu melakarkan kata kata
Walau di usik dengan getaran jiwa
Ia akan tetap akan berbicara
Hati meluahkan rasa ketika sunyi dan tika dirai

Hati juga boleh melihat, walau tiada mata
Namun pandangannya masih lagi ada
Merenung jauh di dalam jasadnya jiwa
Merasai keindahan terciptanya perasaan

Hati bertapaknya iman
Adakala suka dan duka
Menjadi tempat menyimpan kata kata
Mungkin akan selalu ada
Yang indah dan derita

Hati tempat tersemat janji
Percaya dan memberi
Akan sesuatu yang telah menyimpan akan sesuatu
Menjadi pegangan sesuatu kekuatan
Untuk menjadi pedoman

Hati boleh merasa pahit tanpa lidah
Hati terluka di hiris kata kata
Sakit dan pedih
Merawatnya juga sendirian
Hati menjerit tanpa suara
Hati yang menderita angkara lidah dan perbuatan

Yang sepi pun hati
Yang faham juga hati
Yang khusuk juga hati
Yang tawadhu' juga hati
Yang inginkan bahagia juga hati
Yang ada pada kitapun hanya sekeping hati

Hati...
Jangan dikau gusar
Jangan ada cemburu
Alangkah hebatnya hati
Walau remuk, sakit, pedih, retak seribu, dipalu, dihimpit, diketuk, dicuri, dilukai,
Namun hati tetap hati
Masih mampu mengukir bahagia di hati...

... Ibu Nora ...
26/09/2011... 2228

Sabtu, 24 September 2011

Berdiamlah Jika Perlu

Untuk membiarkan sesuatu tanpa di bicarakan atau berkata benar walaupun hakikatnya pahit... Berada di tengah-tengah dilema antara dua, yang bisa membuat kan kita untuk melakukan salah satu daripadanya atau kedua-dua nya...

Betullah apa yang Ibu pelajari, membuat sesuatu itu dan melakukan tindakan yang betul biarlah kena pada tempatnya atau lebih tepat di perkatakan biarlah kena pada situasinya... Membiarkan sesuatu tanpa bicara mungkin yang terbaik jika penjelasan itu langsung tidak di perlukan... Mungkin masa yang akan memulihkan keadaan seperti sediakala... Jika keadaan semakin keruh jika kita bicara , biarkan saja semuanya berlalu tanpa kata... Biar saja kita diamkan dan bukan berdiam itu bermaksud kita bersalah atau mengalah... Sebaliknya tanda kita memahami situasi dan mungkin itu cara terbaik untuk kita meredakan keadaan yang sedang hangat... Mungkin dengan berdiam dan melupakan dapat membuatkan keadaan pulih sediakala... Jangan khuatir jika kebenaran itu tidak dapat di perjelaskan kerana pasti suatu masa nanti akan terbongkar juga segalanya... Mungkin saat ini kita kecewa, namun jangan kita lupa, mungkin suatu hari nanti kita tersenyum bila kebenaran itu di hadapan mata... Sabar itu kunci semuanya.

Terkadang perlu juga kita berkata benar walaupun pahit... Semestinya situasi ini sukar untuk di lakukan sesetengah pihak... Namun terkadang mungkin ini jalan yang terbaik untuk membuatkan mereka sedar... Sedar dari keselesaan yang salah, sedar dari hidup dalam kegelapan... Mungkin mereka kurang sedar yang sememangnya mereka salah, namun harus kita perbetulkan yang tidak betul dan juga perlu kita sedarkan mereka... Walaupun hakikatnya perkara itu cukup pahit untuk di luahkan , namun fikirlah untuk kebaikan bersama... Haruslah juga kita sedar bahawa kebenaran yang kita beri itu tidak selalunya akan di balas dengan ucapan terima kasih... Sebaliknya sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal di terima... dan sekali lagi sabar itu adalah kuncinya.

Sekadar meluahkan rasa yang terpendam di hati, jika membiarkan tanpa bicara tidak berhasil, mungkin harus kita beralih kepada berkata benar untuk kebaikan

... Ibu Nora ...
24/09/2011... 2348

Khamis, 22 September 2011

Kehidupan

Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup.. ada masa senang, ada masa susah.. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan..

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.. Apabila kita di timpa kesusahan, rasakan dalam hari.. ya, selepas ini akan datang kesenangan.. Sabarlah sebentar.. Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa.. ya, selepas ini akan datang kesusahan.. Bersiap-sedialah.. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.

Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan.. Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.. Fahamilah hakikat ini.. Bila yang di buat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan.. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah.. Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan kehidupan...

... Ibu Nora ...
22/09/2011... 0938

Isnin, 19 September 2011

Maafkanlah

Bukan mudah untuk memberi maaf, apatah lagi saat hati terluka dek tindakan insan lain pada hati kita. Saat jiwa masih berduka dan terluka, bagaimana untuk memaafkan insan yang menusuk pisau tepat di hati kita?.. Bersabarlah andai ada insan yang menguji hati, dan tolaklah segala perkara yang tidak baik itu dengan cara yang baik. Walau apa yang disebarnya, yang benar itu tetaplah benar dan yang salah itu tetaplah salah. Allah S.W.T. mengetahui segalanya. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang baik, pasti ada ganjarannya dari Ilahi.

Memberi maaf kepada insan lain sebenarnya memberikan kebaikan kepada diri sendiri lebih daripada insan yang melukakan hati kita. Apabila kita memaafkan, kita tidak lagi terjerumus dalam kancah dendam, benci membenci, tidak bertegur sapa, khianat mengkhianati, tikam belakang dan sebagainya yang memang akan menggelapkan hati kita. Maafkanlah insan lain sebagaimana diri mahu diampuni Allah atas segala salah dan kesilapan yang lalu. Maafkanlah sebelum hati mula dikerumuni zarah-zarah hitam yang bakal menggelapkan hati. Maafkanlah dalam kadar cepat sebagaimana diri mahu Allah mengampuni dalam kadar secepat mungkin juga atas segala dosa-dosa yang kita lakukan...

Usahlah menyimpan rasa permusuhan dalam hati. Biarkanlah apa yang berlalu itu hanyut pergi meninggalkan diri dan masa kini. Selalulah berpesan kepada diri agar tidak melampaui batas dalam keadaan bagaimana sekalipun, dan ingatlah bahawa Allah S.W.T. itu bersama dengan orang yang benar. Suburkanlah kesabaran dalam diri. Mungkin ini masanya untuk menguatkan hati yang sebelum ini amat lemah terkulai tanpa ujian yang menimpa hati... Wallahua'lam

... Ibu Nora ...
19/09/2011... 1632

Cermin Diri

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis:
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidaya. Aamiin

Jumaat, 16 September 2011

Faham Dan Memahami

Ramai orang ingin difahami atau merasa sudah memahami orang lain. Yakin? Seorang sahabat mengatakan hal yang unik “Orang yang memahami kita adalah orang yang tidak faham dengan kita tapi tetap memahami kita.” Atau dalam bahasa percakapan biasa, lebih begini “Aku tah memahamimu, tapi aku paham.” Hm…, bingung?

Setiap orang tentu memiliki permasalahnnya sendiri, memiliki watak mereka sendiri. Acap kali hal-hal yang sangat kita suka itu kurang sesuai dengan orang lain. Misalkan kita suka naik gunung hingga tidak mandi berhari-hari. Orang lain mungkin berfikir “mengapa panjat gunung hingga sanggup tak mandi berhari-hari.. Aku tak paham betul dengan sikap mereka.” Nah, inilah orang-orang yang tidak paham dengan tingkah laku kita.

Apakah orang-orang itu adalah orang yang tidak memahami kita? Belum tentu. Kalau orang itu lantas meninggalkan kita karena merasa naik gunung itu aneh dan tidak sesuai dengan pribadi mereka, berarti orang-orang itu memang benar-benar tidak memahami kita. Tapi kalau orang itu enjoy-enjoy aja, tetap membiarkan kita naik gunung, dan tetap bertahan menjadi orang dekat kita walau tidak suka dengan aktivitas naik gunung, berarti dialah orang yang benar-benar memahami kita.

Contoh lain yang lebih simpel. Seorang istri yang tidak suka begadang tetap membiarkan suaminya nonton bola tengah malam. Bahkan bisa jadi dia rela menemani atau membuat camilan. Padahal dia tidak paham, apa serunya orang-orang mengejar bola dan setelah dapat bola malah ditendang jauh-jauh. See? Inilah orang yang tidak paham dengan kita tapi tetap memahami kita. Inilah orang yang benar-benar memahami kita karena mereka tidak akan mematikan karakter kita dan akan terus mendukung kita.

Mari kita menjadi orang yang memahami orang lain, yang tidak hanya bisa memarahi, menghujat, atau bahkan mematikan karakternya jika kita tak paham dengan diriny

Senyum.....

Tersenyumlah dan jangan bosan, agar musim gugur berganti semi, malam berganti pagi yang cerah .. dan saat itu, burung gagak yang hitam akan berubah menjadi tiung nan berkicau merdu..

Tersenyumlah, sebab senyuman akan mencairkan duka nestapa.. dan membangunkan kebahagiaan dari tidurnya.

Tersenyumlah, sebab senyum mu pertanda adanya kekuatan meskipun dunia ini kau rasakan melelahkan
Tersenyumlah, sebab semua duka tidak akan terbaca kecuali melalui senyuman mu.

Tersenyumlah dan jangan halangan diri mu untuk mendapatkan pahala kerana engkau telah memasukkan kebahagiaan kepada saudara mu.

Tersenyumlah, dan cukuplah sebagai balasannya, engkau akan mendapatkan senyuman yang lebih mendalam dan lebih jujur dari orang-orang di sekeliling mu.

Tersenyumlah untuk menyingkirkan duka dari dirimu dan dari orang-orang di sekeliling mu.

Tersenyumlah, sebab bukan engkau satu-satunya yang tertimpa berbagai masalah dalam kehidupan ini.

Tersenyumlah dan jangan bosan, dan tunjukkan kemampuan mu dalam menghadapi kehidupan dengan seluruh kesulitannya.

Tersenyumlah dalam menghadapi berbagai musibah dan jangan bosan, sebab engkau adalah seorang mukmin.

Tersenyumlah, sebab berkeluh kesah bukanlah kepribadianmu, sebab, bagi seorang beriman, segala urusan adalah kebaikan bagimu, dan engkau lebih kuat daripada kelemahan yang terlihat oleh orang-orang di sekelilingmu.

Tersenyumlah dan jangan bosan, dan jadilah orang yang kuat dalam menghadapi berbagai kesulitan.

Tersenyumlah, sebab senyuman adalah kampus yang telah melahirkan banyak generasi pejuang, dan jadilah teladan saat terjadi kekalahan.

Tersenyumlah dan hadapi gelombang putus asa yang menghadangmu, dan senyumanmu akan lebih kokoh daripada ujian takdir dan jadilah engkau lulusan terbaik dalam ujian ini.

Tersenyumlah, sebab senyumanmu merupakan lambang produktifitas, prinsip orang-orang yang cinta kebaikan, serta karakter orang-orang yang setia

Tersenyumlah, sebab engkau adalah seorang yang bisa tersenyum
Ingatlah bahwa senyuman adalah kehidupan setelah kematian oleh duka, dinamika setelah jiwa yang kering, dan betapa banyak derajat orang terangkat oleh senyuman, maka angkatlah derajatmu dengan senyumanmu.
Betapa banyak hati terbuka oleh senyuman, kegelapan menjadi terang dan himpitan masalah menjadi terbuka.

Tersenyumlah, sebab ia adalah cara paling mudah untuk menarik simpati dan ia adalah rahasia kreatifitasmu dalam menghimpun banyak muhibbin di sekelilingmu.
Harapanku yang paling mendalam, selalu bergembira dan tersenyumlah sepanjang waktu

Isnin, 12 September 2011

Indahnya Kesabaran

Saya pernah merasakan kesedihan yang mendalam. Tetapi apa yang saya dapatkan, tidak ada sama sekali. Malah kesedihan yang saya pelihara itu membuat hidup tambah menderita dan kacau bilau. Kerana itulah saya menyakinkan anda bahawa bersedih terus menerus tidaklah berguna. Tidak dapat dibantah lagi bahawa kesedihan adalah salah satu kondisi yang paling tragis dan paling besar terasa sakitnya bagi raga maupun jiwa. Apabila ia menyatu bersama kuku-kukunya yang tajam ke dalam jiwa, tidak lama kemudian ia akan merobek-robeknya dan memporak-porandakannya. Maka akan kita dapatkan manusia yang kacau dan mengalami kegoncangan dalam hidup dan kehidupannya. Dan kesedihan tadi akan mempengaruhi sebahagian dan bahkan seluruh komponen kehidupannya jiwa dan raga, hingga ia melihat dunia dalam pandangan matanya lebih gelap dari kegelapan dan lebih sempit dari lubang jarum. Dan kesedihan akan menghitamkan kehidupannya dengan apa saja yang ia muntahkan atas dirinya dengan kesedihan-kesedihannya. Tatkala penyakit sedih tadi menjadi sebuah penyakit yang menimpa jiwa seluruhnya.

Ketahuilah bahwasanya raga itu terikat dengan jiwa dan begitupun sebaliknya. Penyakit yang menimpa jiwa akan memberikan pengaruh terhadap raga dan akan menjadikannya sakit, sebagaimana jiwa yang terpengaruh oleh raga yang sedang ditimpa penyakit. Penyembuhan jiwa dari penyakit-penyakitnya haruslah dimulai dari keharusan untuk memiliki kesihatan raga, sebab kesihatan jiwa sangat tergantung padanya..

Menghiasi diri dengan sikap sabar merupakan sikap orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan lapang dada, tidak menyerah dan penuh percaya diri. Kalau tidak sabar apalagi yang akan dilakukan? Apakah ada solusi lain selain sabar? Apakah ada selain sabar yang bisa digunakan menghadapi persoalan hidup? Bersabarlah, sebagaimana kesabaran orang yang optimis akan datangnya pertolongan Allah. Bersabarlah, meskipun berbagai persoalan, membayangi kehidupan dan menghalangi jalan yang akan ditempuh. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Semakin kita sabar, semakin dapat menerima hidup ini apa adanya, bukan memaksakan hidup ini persis seperti yang kita kehendaki. Tanpa kesabaran, hidup pastilah akan membuat kesukaran.Kita akan mudah kecewa dan marah. Menjadi sabar mengharuskan kita membuka hati pada saat ini, bahkan bila kita tak menyukainya.. Maka dengan itu bersabarlah di dalam kehidupan...

... Ibu Nora ...
12/09/2011.. 2339

Rabu, 7 September 2011

Tahniah Atas Kematian Isteri Ku

Ucaplah Tahniah Atas Kematian Isteriku !!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya,

“Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”

copy n paste

... Ibu Nora ...

Selasa, 6 September 2011

Teruslah Melangkah

Jangan gentar untuk melangkah kaki kehadapan walaupun sudah jatuh berkali kali..
Jangan cuba melangkah kaki kebelakang sekalipun diri cuba merangkak..
Kegagalan bukan muktamad..
Hanya gagal apabila diri mudah mengaku kalah dan mudah pula berputus asa..
Sekali cuba, gagal..
Cuba kali kedua, tetapi gagal juga..
Cuba kali ketiga, gagal lagi..
Mula meragui kemampuannya yang sebenar dan mula berputus asa..
Jangan mudah berputus asa..
Mencuba dan berusaha untuk kali keempat, atau kelima, sudah pasti lambat laun akan berjaya juga..
Berilah sedikit lagi usaha tambahan, pasti akan berjaya!
Jangan mudah mengaku kalah!
Kekalahan bukan suatu muktamad..
Masih ada peluang lagi..
Asalkan bersabar dan terus berusaha..
Cuba Lagi dan cuba lagi ..... Dan cuba lagi .... Sehingga BERJAYA!

... Ibu Nora ...
06/09/2011.. 1526

Isnin, 15 Ogos 2011

Belahan Jiwa

CINTA adalah anugerah sekaligus rahsia Allah SWT, sedangkan mata adalah penuntun dan hati adalah pendorong. Nikmatnya pandangan hanya dipunyai mata, sedangkan kenikmatan pencapaian hanya dipunyai hati dan pandangan. Keduanya adalah kawan sejati yang mesra dalam setiap tindakan dan amal perbuatan manusia, dan tidak akan di pisahkan antara satu dengan yang lainnya.

Gelisah, duka dan air mata adalah bagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan.

Duka yang datang kerana kerinduan yang sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh bisa berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwanya berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan dan belahan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah dari manusia? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula jika setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik menjalani hidup dalam kesendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

Duhai dunia, betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

Allah SWT telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah.

Janganlah diri mu bersedih lalu menangis di setiap penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa belahan hati. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa.

Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah SWT. Siramlah selalu hati ini dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian yang terus panjang.

Wahai jiwa, bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwa mu pun telah di tuliskanNya, hanya ikhtiar pembangkit motivasi jiwa. Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang.

Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah wahai hati, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa. Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Songsonglah hari bahagia nan suci. Meriahkan dunia ini dengan senyuman. Wallahua'lam

... Ibu Nora ...
15/08/2011.. 3.41pm

Sabtu, 13 Ogos 2011

Renungan ku..

Hari ini kita di puncak sebuah gunung,tapi pernahkah kita terfikir andainya kita terjatuh??
Esoknya mungkin kita sudah berada di bawah setelah mmbuka mata.

Hari ini kita memegang sejumlah wang yg banyak, tapi pernahkah kita terfikir akan kehilangannya?? Esoknya mungkin kita hanya mampu melihat wang tanpa menyentuh.

Hari ini kita terkenal dengan pujian melimpah, tapi pernahkah kita terfikir kita akan dilempar segala fitnah dan hinaan?? Esoknya mungkin kita hanya akan melukut di tepi gantang.

Hari ini kita berhias batu permata, tapi pernahkah kita berfikir kita akan terhias dengan segala cacing dan ulat tanah?? Esoknya mungkin kita kembali ke dalam tanah yg merupakan asal usul anak adam.

Hari ini kita berjalan megah atas kaki yang gagah, tapi pernahkah kita terfikir kita akan lemah suatu masa?? Esok mungkin kita akan diusung oleh kaum kerabat ke liang lahat.

Kejayaan kita hanya dipinjamkan olehh yang Maha Bijaksana Al-Hakim
Kekayaan kita hanya dipinjamkan oleh yang Maha Pemurah Ar-Rahman
Kesihatan kita hanya dipinjamkan oleh yang Maha Kuasa Al-Azim.
Sesungguhnya segala yang dipinjamkan pastinya akan dikembalikan.
Usahlah kita riak dengan pujian.
Usahlah kita taksub tipu daya dunia.
Setiap yang baik ada gnjaran di syurga sana.
Setiap yang durjana ada hukuman di neraka sana.
Nauzubillah.. semoga Allah jauhkan kita daripada azab nerakaNya..

... Ibu Nora ...

Rabu, 10 Ogos 2011

Beginilah Kita Yang Bergelar Hamba

Ada waktunya hati manusia ini terlalu kerdil untuk menyimpan seluruh rasa dan kata-kata.

Ada waktunya manusia sudah tidak tahu apa yang dia rasakan di dalam hatinya seperti mana tangan yang sudah lama direndam dalam air yang panas, tidak terasa lagi kepanasannya.

Ada waktunya akal manusia tidak mampu mencongak asbab-asbab dia diuji, kerana dia tidak tahu apa yang lemah pada dirinya, apa yang perlu diperbaiki, apa yang belum cukup kuat. Tapi Allah tahu, dan Allah mahu mengukuhkannya, memperbaikinya dan menguatkannya.

Ada waktunya kebodohan manusia mencampak dia kepada waktu-waktu silam yang hitam. Hari semalam yang perit perlu ditelan. Kerana ia sudah berlaku dan ia akan kekal begitu. Tapi Allah selalu memberi harapan dengan mendatangkan hari yang baru. Suria yang bersinar-sinar di ufuk dhuha, seolah-olah bersuara, “bangunlah, inilah satu lagi peluang untukmu…”

Ada waktunya manusia jadi terlalu banyak berfikir, tapi sedikit sekali buah fikirnya membantu dirinya dan membantu mencerahkan redup dan mendung suasana umat hari ini. Bahkan menambahkan runsing dan pusing. Padahal yang kita lebih perlu sekarang adalah tindakan-tindakan berbanding perkataan-perkataan atau pemikiran-pemikiran.

Ada waktunya manusia jadi susah untuk bersangka yang baik kepada Allah swt. Padahal Dia ada. Dan Dia Maha Pengasih. Mustahil Dia suka melihat tangisan hamba-hambaNya. Kerana Dia terlalu penyayang. Lebih kasih kepada kita berbanding kasih ibu kita kepada kita. Mustahil Allah suka melihat hambaNya derita. Pasti Dia ada hadiah-hadiah untuk kita yang ditahan sebentar sebelum hadiah itu tiba kepangkuan kita, agar saat hadiah itu tiba, kita akan lebih berterima kasih dan bersyukur kepadaNya. Kerana Dia Tuhan, dan kita cuma hamba. Kalau mahu Dia boleh abaikan sahaja kita. Ada berbillion-billion manusia, tapi kita yang biasa-biasa ini, Dia tak pernah lupa nak bangunkan dari tidur, tak pernah lupa nak beri makanan, tak pernah lupa nak beri oxygen… Allah yang Raja seluruh alam itu, tidak pernah melupakan kita.

Begitulah insan. Fitrah-fitrah ini menjadikan kau dan aku makhluk-makhluk bergelar manusia.
Dan beginilah dunia. Kisah-kisah ini menjadikan dunia ini sifatnya semakin sementara.
Hidup-hidupkanlah diri kita saat kita masih hidup di dunia. Jangan mati sebelum waktunya..
Wallahua'lam

... Ibu Nora ...

Selasa, 9 Ogos 2011

Kita Dan Buku

Kamu, yang sekarang tengah merasa berada di titik letih yang amat terhadap perasaan sendiri.
Ada yang salah, dan kamu telah mengetahuinya dengan amat jelas.
Dalam klimaks tersebut, kamu tahu bahawa kamu perlu lekas bergegas.
Sebentar, bergegas itu tidak bererti terburu-buru,
Jadi bolehkan, sempatkan sedikit waktu berbincang dan menghirup kopi denganku?
Hmmm… Bila waktu yang sedikit ini bukan tentang berdialog, maka biarkan waktu ini aku manfaatkan untuk menasihatimu.
Hal yang ingin aku sampaikan ini tidak akn menunggu waktu lain.
Untuk itu, biarkan aku berbicara terlebih dahulu.

Telah adakah ditangan mu, sebuah buku yang terbuka tanpa baris dan tanpa noda tinta?
Bila belum ada, maka cari lah. Semoga ia tak jauh dari jangkauan mu saat ini.
Saat kamu sendiri seperti sekarang kamu perlu lebih banyak halaman kosong.
Uikss…iya, aku mengerti kamu merasa hairan dengan hal ini.
Simpan kehairanan itu, kerana seperti Musa saat bersama Khidir, kamu tidak boleh menghalangiku dengan kehairananmu.
Anggap saja aku sedang membantu mu melarikan diri.. Meski kamu merasa telah begitu ahli berlari.. Tapi kali ini, pelarian khusus yang hendak kau hadapi.. Kau perlu aku, cepat atau lambat kau akan menyedarinya.
Ah... ia, buku dengan halaman kosong itu.. nantinya akan terisi sendiri tanpa perlu kau menuliskannya.. Ia akan penuh dengan tulisan/coretan/gambar segera setelah kau mengambil langkah.. Jangan bimbang...
Hey, kamu... Mengendalikan halaman kosong itu jelas bukan urusan tangan mu.. Tapi itu menjadi tanggungjawab hati dan fikiran mu.. Untuk mengatur halaman kosong tersebut, kamu harus punya kendali bagi hati dan pikiran mu.. Cukup hal itu.

Hey, kamu... Aku tidak mampu berjanji akan bersamamu sepenuh hati.. Kerana Tuhan menggariskan demikian, kita tidak akan selamanya bersisian.. Jadi sejak sekarang, sedikit demi sedikit, kamu perlu belajar menerima kehilangan.. Kamu akan terbiasa dan menjadi dewasa dengan waktu.. Percaya padaku...
Dan kamu, buku itu, buku yang saat ini hanya berupa halaman-halaman kosong itu... Ia yang akan selalu disisi dengan mu. Cukupkan ia untuk mu...
Dan, saatnya bergegas... Ternyata aku tidak punya cukup kemampuan untuk menyita waktu mu.. Semoga berhasil.. Wallahu'alam

... Ibu Nora ...

Ahad, 7 Ogos 2011

Sembang Santai

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua.. Di pagi ahad yang mulia ni elok dan moleklah kalau kita sama sama menunjukkan rasa kesyukuran pada Ilahi atas nikmatnya pada kita selama ini.. Kita manusia tiada yang sempurna.. Allah itu Maha Adil.. Segalanya di ciptakan seimbang antara kelebihan dah kelemahan.. Cuma terpulang pada manusia untuk menggunakan kebaikkan itu semaksima mungkin dan bagaimana manusia cuba mengatasi segala kelemahan itu.. Allah itu Maha Adil.. Setiap kesempurnaan yang di ciptakan Allah akan di selitkan dengan kelemahan.. Tujuan nya tak lain tak bukan cuma untuk mengelakkan rasa riak sesama manusia apa lagi kepada Allah....

Ingatlah.. Tiada yang sempurna kat dunia ini kecuali Allah dan Rasulnya.. Kalau ada yang tertekan di sebabkan kelemahan diri.. Cuma cari kekuatan yang tersembunyi itu.. Allah Maha Adil.. InsyaAllah kita akan bersyukur dengan nikmat Allah... Dan kalau ada yang mula riak dengan nikmat Allah.. Cuba cari kelemahan diri yang sengaja Allah sembunyikan untuk menguji iman hambanya.. InsyaAllah kita akan jumpa sifat tawadu` dan rendah diri dalam diri kita.. Allah itu Maha Adil.. Segala kejadian bersebab.. Semuanya kearah kebaikan.. Allahua'lam

... Ibu Nora ...

Khamis, 21 Julai 2011

Sekadar Mengingati

Bismillahirrahmannirrahim

Jangan marah la klu saya kata kebanyakan dari kita tak guna masa dengan betul. Padahal, tentang masa Allah dah sumpah awal-awal.. Kewajipan melebihi masa yang ada. Selalu diberi peringatan tentang itu.Tapi manusia ni selalu je lupa. Klu boleh hari-hari orang lain kena ingatkan. Nak harapkan diri sendiri? Agaknya, masa malaikat maut datang baru tak lupa. Nauzubillah. Habis tu, nak buat macam mana? Tapi betullah. Dan, istiqomah tu susah. Susah ke? Ntah. Bergantung pada individu dan iman seseorang. Kalau tak lupa dan selalu orang ingatkan, insyaAllah boleh istiqomah. Tapi tu la, sampai bila nak harapkan orang. Alahai masa. Saya minta maaf. Selalu tak urus engkau elok-elok. Saya harap, bila dah tertulis kat sini. Saya akan sentiasa di ingatkan. Besar kemurkaan Allah, kalau ucap apa yang tak dibuat.. Tolong semua, ingatkan saya tentang masa. Saya takut nanti kat akhirat, masa akan dakwa saya. Dan, akan dakwa saya juga sebab tak ingatkan anda semua...Wallahua'lam

Isnin, 18 Julai 2011

Raikan Perbezaan Pendapat

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah pula kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.
Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, ingatlah apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Teringat firman Allah

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya... Wallahu'alam.

... Ibu Nora ...

Ahad, 17 Julai 2011

Kebahagiaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..

Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.. Carilah seseorang yang membuatkan diri tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.. Carilah yang membuatkan hati mekar tersenyum.. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila teramatkan rindukan seseorang sehingga ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.. Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.. Selalu bayangkan diri di dalam diri seseorang.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman dan berakhir dengan tangisan.. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...

... Ibu Nora ...

Dugaan Hidup

Ya, tetaplah melangkah, meski tertatih. Teruslah bergerak, walau begitu banyak masalah yang melilit diri. Tidaklah masalah itu datang menghadang, kecuali sebatas kemampuan diri menanggungnya. Seberat apapun masalah itu terasa, diri sejatinya sanggup menghadapinya. Sungguh Dia tak akan pernah membebani kita, hamba NYA, kecuali sebatas yang kita sanggup menanggungnya.

Namun memang terkadang, masalah itu terasa begitu menghimpit. Seakan membuat tulang remuk redam. Membuat kaki ini terasa begitu sulit bergeser. Apalagi bila masalah yang menghadang itu berbilang jumlahnya. Belumlah selesai masalah yang satu, datang masalah lain menghampiri. Masalah-masalah itu tak pernah mahu tahu apakah kita siap atau tidak, apakah hati diri sedang lapang ataukah sempit.

Namun berbahagialah diri, kerana datangnya masalah adalah tanda bahawa Dia menyayangi kita. Dia tak lupa pada kita. Dia anugerahkan masalah agar diri kita menjadi peribadi yang lebih baik. Ibarat seorang anak yang sedang menempuh pendidikan, setiap hendak naik tingkat, maka ia diberikan ujian sebagai bahan apakah ia layak untuk menempuh tingkat yang lebih tinggi atau tidak.

Apapun akhir dari masalah yang kita hadapi itu, tetaplah berfikir positif. Belajarlah dari setiap proses yang dijalani. Kerana bahagia dan sedih yang kita rasakan, hanyalah akhir dari proses yang kita jalani. Sungguh begitu banyak pelajaran yang akan dipetik selama kita menjalaninya, pelajaran yang tentu saja akan meningkatkan kualiti diri bila mampu kita sikapi dengan bijak.

Tetaplah melangkah diri, meski harus tertatih. Janganlah menjadi air yang diam, kerana air yang diam itu akan membawa keburukan..

... Hanyalah sebuah coretan kecil pengingat diri ...

... Ibu Nora ...

Khamis, 14 Julai 2011

Bicaraku Untukmu.. Duhai Hati

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup... Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti... Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?.. Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?.. Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang di berinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhan mu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang di alami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati.. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang di tempuhi?.. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.. Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?.. Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat di gunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?.. Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?.. Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita?.. Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan di balasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

... Ibu Nora ...

Cinta.. Biarkan Saja

Persinggahan dari perjalanan cinta adalah ungkapan rasa.. Ungkapan tentang segala rasa yang selama ini terus hadir dan membayangi hati mu.. Saat kegelisahan itu mulai menjadi satu siksa kecil di hati mu, kau kan mulai merasa perlu mengungkapkannya.. Kau mesti hilangkan segala ego mu.. Kau mesti hancurkan segala malu mu.. Semuanya.. Kerana saat itulah saat titik terendah dari mu.. Meminta hati tak semudah dari meminta lainnya.. Pada dasarnya, saat kau mengungkapkan rasa yang ada di hati mu adalah sama halnya dengan kau menyerahkan hati mu untuknya.. Kan kau serahkan satu-satunya hati mu untuknya.. Tak hanya separuh, tapi semuanya.. Mungkin berat rasanya untuk bertaruh pada dua rasa.. Tapi inilah nyata.. Nyatakan saja rasa itu padanya.. Biarkan ia yang kan beri jawaban pasti kepada mu. Kerana itu lebih baik bagi mu...

Tapi jika yang kau temukan adalah berakhirnya kisah cinta mu.. Tak perlu menangis.. Kerana tangis takkan merubah segalanya.. Takkan mampu beri tenang untuk hati mu. Tetap tegakkan kepala mu. Tatap pada apa yang kini ada di hadap mu.. Jika kau tak mampu mendapatkan hatinya.. Jangan takut.. Jangan anggap semuanya telah berakhir.. Kan ada cinta-cinta sepertinya yang berserak di sekeliling mu.. Tersenyumlah dan cuba kembali untuk kembali menanam cinta di taman hati mu.. Cinta yang baru.. Yang hangat.. Yang indah... Kan ada cinta lain yang lebih dari cintanya.. Yang kan bersedia untuk berjalan dan bergandingan tangan bersama mu.. Cinta yang mungkin sama sekali tak pernah kau kira sebelumnya.. Kan ada cinta lain yang lebih indah dari cintanya.. Yang kan setia menjalani hari bersama mu.. Di senyum dan tangis mu.. Di sunyi dan ramai mu.. Hingga kan kau temukan kebahagiaan di hati mu..

Bukankah cinta adalah rahsia.. Yang takkan pernah kau tahu bila ia kan menghampiri mu atau meninggalkan mu..

... Ibu Nora ...

Rabu, 13 Julai 2011

Bahagia Itu Pasti Hadir

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain.Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!.

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita. Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina berbanding kekasihnya yang pergi. Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang sahabat berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat... Wallahu'alam

... Ibu Nora ...

Allah Sayang Kita

Bila kita cuba nak kuat.. Allah uji kita sehingga kita lemah...
Bila kita menangis kerana tiada daya melawan.. Allah suruh kita sabar...
Bila kita bersabar.. Allah uji kita lagi..
Dan semakin itulah kita merintih mengadu yang kita tak mampu...
Tapi apa Allah kata?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah al-Imran : 200)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah : 286)

Ya dan sekarang saya semakin kuat dan tabah. Itulah saya >.<


Ya Allah.. Sesungguh aku adalah hamba Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan Mu.. Hidup ku dan mati ku di tangan Mu.. Telah berlaku qadha' Mu pada ku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadap ku.. Aku memohon kepada Mu dengan semua nama yang Engkau miliki.. Yang dengannya Engkau namakan diri Mu sendiri.. Yang Engkau cantumkan dalam kitab Mu.. Yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhluk Mu (Nabi Mu).. Agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hati ku,cahaya dada ku, penglipur kesedihan ku dan pengusir kecemasan ku... Subhanallah

... Ibu Nora ...

Bangunlah Dari Kegagalan


Gagal adalah sesuatu perkara yang semua orang rasa... Seperti setiap kali kita menyarung pakaian... Ia adalah pengalaman manusia... Ada orang yang mampu menangani kegagalan dengan baik, ada yang tidak... Kenapa? Bagaimana sesetengah orang itu begitu berjaya setelah bangkit dari satu kegagalan yang amat memeritkan....

Kita tidak menganggap ianya satu kegagalan yang mutlak... Kegagalan bagi kita bukan kerana kelemahan diri atau kerana kekurangan sifat pada diri sendiri... Tetapi kita memikirkan ‘ setidak-tidaknya kita mencuba ’... Orang yang bersungguh-sungguh mengejar impian juga sering kecundang di pertengahan jalan, tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan kerana menganggap ianya sebagai sebahagian dari cabaran yang harus di tempuhi... Kita tidak akan bersedih atau kecewa dengan kegagalan tersebut, tetapi terus berfikir menilai semula strategi yang harus di ambil dan mencuba lagi... Kali kedua gagal, kita tidak akan merasa susah hati malah penuh keyakinan kerana kita akan terus mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya....

Kita menggunakan kegagalan itu sebagai satu pengalaman yang amat berharga... Menganalisa apa yang telah berlaku, di mana silapnya dan kenapa... Apa yang boleh di lakukan untuk membetulkan kesilapan itu dan melakukannya secara berbeza pula untuk percubaan yang seterusnya... Dengan menggunakan pengalaman kegagalan sebagai sempadan, kita setidak-tidaknya menghindar dari mengulangi kesilapan yang sama....

Kadang kala kita gagal bersebab... Mungkin kerana hati kita tidak bersungguh-sungguh, maka usaha yang kita laksanakan juga tidak 100%... Mungkin juga kerana percaya bahawa diri tidak mampu untuk mencapai kejayaan tersebut... Dan kadang kala juga ianya bukanlah peluang yang baik... Secara umumnya, apabila kita gagal ada sebabnya... Nilaikan dan timbangkan sebabnya kenapa... Carilah peluang baru dan pengalaman yang lepas akan membantu kita memilih peluang yang lebih baik dan lebih sesuai...

Bersyukurlah kerana di anugerahkan pengalaman tersebut... Besar kesannya ke atas emosi dan jiwa bila kita bersyukur di atas pengalaman kegagalan tersebut yang mana mampu membantu kita maju bertapak-tapak ke hadapan... Kadang kala menulis dan meluahkan apa yang tersirat dalam dada dapat membantu melapangkan dada, menaikkan semangat dan dapat menukar kegagalan kepada pengalaman yang berharga kepada diri sendiri...

Kegagalan itu berlaku kepada sesiapa sahaja... Jangan ragu-ragu untuk meminta pertolongan dan nasihat dari yang lebih arif... Kerana mereka yang lebih dulu makan garam tidak akan mensia-siakan harapan kita... Orang yang telah berjaya sebenarnya sudah melalui pelbagai siri kegagalan sebelum mereka mengecap kemanisan sebuah kejayaan... Oleh itu janganlah berputus asa hanyalah kita gagal sekali sahaja...

Seperti kanak-kanak yang sedang berlari dan bermain, mereka jatuh dan terluka... Tetapi mereka tetap tidak serik berlari dan bermain lagi kerana mereka hanya fokus kepada keseronokan bermain itu... Mereka sudah lupa akan kesakitan yang sementara semasa jatuh... Jadilah seperti itu... Jangan takut untuk jatuh, terluka dan sakit... Kemudian bangkit kembali untuk terus mengejar impian yang masih jauh untuk di gapai....

Ketawakan diri sendiri... Kita semua membuat kesilapan dan barang siapa yang mampu mentertawakan diri sendiri dek kebodohan dan kesilapan yang di lakukan adalah mereka yang cepat sembuh dari kekecewaan kerana kegagalan itu... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan... Terimalah ianya sebagaimana anda menerima kejayaan... Belajarlah darinya, anggaplah ianya sebagai sebahagian dari pengajaran dan kesempatan untuk menambahbaikkan diri...

Ingatlah... Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan ini... Semua orang akan merasai kegagalan dalam kehidupan masing-masing... Tiada ada sesiapa pun yang terkecuali... Wallahu'alam

... Ibu Nora ...


Lumrah Hidup


Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup... ada masa senang, ada masa susah... Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan... Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.
Apabila kita di timpa kesusahan, rasakan dalam hari... ya, selepas ini akan datang kesenangan.. Sabarlah sebentar... Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan... Bersiap-sedialah.. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.

Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan... Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.. Fahamilah hakikat ini... Bila yang di buat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan.. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah.. Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan kehidupan... Wallahu'alam..

... Ibu Nora ...



Selasa, 12 Julai 2011

Assalamualaikum...

Sesekali apabila saya ingin menulis, saya bermula dengan rasa takut-takut. Takut memikirkan penilaian orang pada tulisan saya walaupun mungkin hanya beberapa kerat sahaja yang membaca. Takut tersalah tulis. Takut macam-macam. Benda-benda seperti ini ada kalanya menyekat saya.

Hakikatnya menulis tidak boleh sekadar suka-suka atau untuk syok sendiri apalagi tulisan itu diletakkan dalam ruangan umpamanya yang tentu dapat dibaca oleh sesiapa sahaja. Apa sahaja yang ditulis adalah tanggungjawab penulis yang akan dituntut sama ada di dunia atau di akhirat. Saya cuba mengelak atau mengajak orang lain meremehkan perkara ini.

Saya telah berniat daripada awal bahawa saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan saya. Urusan dunia yang sering menghalang saya untuk mengingatkan orang lain diharap sedikit tertebus dengan apa yang saya sampaikan melalui tulisan. Maka, saya sangat bimbang apa yang saya tulis gagal menyentuh hati saya sendiri apalagi orang lain. Hati yang tidak bercahaya bagaimana mungkin dapat menerangi hati orang lain?




... Ibu Nora ...