Khamis, 24 November 2011

Merawat Hati

Rasailah nikmat dan bertuahnya menjadi hamba Allah, yang dijanjikan bahawa di sebalik setiap kesusahan akan menanti kebaikan yang berganda ganda.. Segeralah bertindak seperti dalam keadaan anak kecil jatuh dari tempat tinggi dan terluka, pastinya si ibu tidak membuang masa berteriak dan menangisi luka tersebut, sebaliknya secepat mungkin membalut luka itu.. Begitulah juga apabila hati kita terluka, usah terlalu lama meratapi kehancuran.. Tapi segeralah merawatnya kerana tempat di barisan hadapan alam bahagia tidak pernah tertutup andai kita mampu menjadikan semua ilmu dan pengalaman yang dimiliki ke arah lebih baik.. InsyaAllah, pasti putaran bahagia itu akan sampai ke ribaan kerana kabahagiaan itu berputar ke arah kita sebab dunia ini berputar bak roda...

Berusahalah merawat hati, membuat keputusan dan menjadikan setiap keputusan yang di ambil sebagai usaha untuk mencapai bahagia.. Binalah kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan binalah kesedaran bahawa semua yang terjadi telah ditakirkan Nya.. Belajarlah melupakan masa lalu jika kita orang yang berfikir.. Orang yang berfikir akan melipat semua kisah muram masa lalunya, tidak pernah dilihat kembali, ditutupnya minda rapat rapat dan disimpan kemas kemas dalam peti, di ikat kuat dengan tali semangat, diletak di ruang gelap yang tidak tembus cahaya hingga berlalu dan habis terkikis dari hati...

Jernihkanlah fikiran.. Tidak lagi menoleh dan terus berlalu bersama geraknya angin yang sentiasa berhembus kehadapan, air yang mengalir kehadapan dan semua makhluk yang di ciptakannya terus bergerak kehadapan.. Tindakan ini penting kerana umur kita mungkin tinggal hari ini sahaja.. hari inilah matahari bersinar untuk kita.. Binalah keteguhan pendirian dan sedarlah bahawa kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan juga akan lebih memberikan kesan positif daripada negatif.. Yakinlah dari waktu ke waktu pasti ada jalan keluar pada semua masalah...

Akhir kalam, dipesankan bahawa kehidupan ini lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada semua kekayaan di muka bumi ini.. Pastikan jangan sampai hadiah termahal ini terlepas dari tangan.. Hilangkanlah semua rasa dendam di hati dan belajarlah memafkan diri sendiri serta semua orang yang ada hubungan dengan kita secara bahagia atau derita..Setelah memaafkan kita akan merasakan ketenangan yang melembutkan perasaan.. Bawalah kelembutan itu kemana jua kerana di mana pun kelembutan itu berada ia akan menjadi perhiasan kepada pembawanya.. Rawatlah hati kerana hati itu raja kepada anggota.. Jika raja sakit, semua rakyat turut berduka.. Jangan menjadikan luka semalam sebagai teman kerana luka itu akan merosakkan hari yang akan mendatang.. Kehidupan ibarat memetik mawar walaupun terkadang tangan luka tercucuk durinya...

... Ibu Nora ...
24/11/11.. 1732

Tiada ulasan: