Khamis, 24 November 2011

Merawat Hati

Rasailah nikmat dan bertuahnya menjadi hamba Allah, yang dijanjikan bahawa di sebalik setiap kesusahan akan menanti kebaikan yang berganda ganda.. Segeralah bertindak seperti dalam keadaan anak kecil jatuh dari tempat tinggi dan terluka, pastinya si ibu tidak membuang masa berteriak dan menangisi luka tersebut, sebaliknya secepat mungkin membalut luka itu.. Begitulah juga apabila hati kita terluka, usah terlalu lama meratapi kehancuran.. Tapi segeralah merawatnya kerana tempat di barisan hadapan alam bahagia tidak pernah tertutup andai kita mampu menjadikan semua ilmu dan pengalaman yang dimiliki ke arah lebih baik.. InsyaAllah, pasti putaran bahagia itu akan sampai ke ribaan kerana kabahagiaan itu berputar ke arah kita sebab dunia ini berputar bak roda...

Berusahalah merawat hati, membuat keputusan dan menjadikan setiap keputusan yang di ambil sebagai usaha untuk mencapai bahagia.. Binalah kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan binalah kesedaran bahawa semua yang terjadi telah ditakirkan Nya.. Belajarlah melupakan masa lalu jika kita orang yang berfikir.. Orang yang berfikir akan melipat semua kisah muram masa lalunya, tidak pernah dilihat kembali, ditutupnya minda rapat rapat dan disimpan kemas kemas dalam peti, di ikat kuat dengan tali semangat, diletak di ruang gelap yang tidak tembus cahaya hingga berlalu dan habis terkikis dari hati...

Jernihkanlah fikiran.. Tidak lagi menoleh dan terus berlalu bersama geraknya angin yang sentiasa berhembus kehadapan, air yang mengalir kehadapan dan semua makhluk yang di ciptakannya terus bergerak kehadapan.. Tindakan ini penting kerana umur kita mungkin tinggal hari ini sahaja.. hari inilah matahari bersinar untuk kita.. Binalah keteguhan pendirian dan sedarlah bahawa kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan juga akan lebih memberikan kesan positif daripada negatif.. Yakinlah dari waktu ke waktu pasti ada jalan keluar pada semua masalah...

Akhir kalam, dipesankan bahawa kehidupan ini lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada semua kekayaan di muka bumi ini.. Pastikan jangan sampai hadiah termahal ini terlepas dari tangan.. Hilangkanlah semua rasa dendam di hati dan belajarlah memafkan diri sendiri serta semua orang yang ada hubungan dengan kita secara bahagia atau derita..Setelah memaafkan kita akan merasakan ketenangan yang melembutkan perasaan.. Bawalah kelembutan itu kemana jua kerana di mana pun kelembutan itu berada ia akan menjadi perhiasan kepada pembawanya.. Rawatlah hati kerana hati itu raja kepada anggota.. Jika raja sakit, semua rakyat turut berduka.. Jangan menjadikan luka semalam sebagai teman kerana luka itu akan merosakkan hari yang akan mendatang.. Kehidupan ibarat memetik mawar walaupun terkadang tangan luka tercucuk durinya...

... Ibu Nora ...
24/11/11.. 1732

Sabtu, 12 November 2011

Renunglah Wahai Hati

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menciptakan ketentuan... Walau pada awalnya, itulah jalan yang terbaik, namun rahsia Allah tetap rahsia.. Disembunyikan dari pengetahuan manusia... Dia memberi ujian hanya dalam sekelip mata... Lantas dibiarkan manusia itu mencari jalan keluarnya sendiri... Dibentangnya jalan dengan cara yang cukup terseni.. Diilhamkan penyelesaian yang hanya mampu dilihat oleh hati nurani...

Ya!!... Kamu mampu.. Mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung.. Tapi... "saya dah buat yang terbaik... saya dah istikharah sebelum buat pilihan itu... saya cuba pilih jalan yang paling Allah redhai... tapi sekarang....kenapa saya merasakan pilihan saya dulu adalah kesilapan besar yang pernah saya pilih...kenapa? saya sedih.. " Wahai hati... Renunglah sedalam-dalamnya... Ya.. Mungkin pilihan yang kau pilih adalah yang terbaik untukmu.. Allah tahu betapa kau telah berusaha sebaiknya tapi pernahkah kau fikir, kenapa Allah masih memberi kesukaran buatmu? Renunglah dengan mata hatimu, diamlah sejenak... Wahai hati.. Berbaik sangka lah pada Allah yang menganugerahkan ujian ini kepadamu... Mana mungkin Allah tidak mengerti hati hambaNya.. Belailah jiwa.. Apa yang Allah cuba lakukan ini adalah suatu ketentuan yang tersirat dalam rahsianya... Pasti Allah sebagai Pencipta segalanya punyai jawapan atas setiap ciptaanNya....

Wahai hati.. Fkirlah ini.. dulu kau pernah berkata.. "Ujian tanda kasih sayangNya dan ujian adalah anugerah Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.." Lupakah engkau pada ucapan yang keluar dari bibirmu.. Inilah peluangnya untuk kau buktikan kata-katamu itu kerana sampai satu saat Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu.. Ingat..!! "iman itu adalah cabaran..!!" Engkau boleh mengaku engkau mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini... hmm..Inilah yang perlu engkau taruhkan.. Mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi.. Sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran.. Yang lebih hebat lagi.. Takkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah.. Lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah... kalau begini sikapmu wahai hati... macam mana kau nak hadapi ujian yang mendatang?.. Renungkanlah..

Kalau engkau masih bersedih wahai hati.. Ke sini dekat denganku, ingin aku khabarkan berita baik untukmu.. Bukan dariku tapi berita ini dari Allah buatmu andai engkau menghayati setiap apa yang Allah kiaskan dalam Qalam SuciNya ini...

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan." Al-Ahqaf:13-14.

Lihat betapa Allah Maha Memahami.. Dipujuk hatimu sedemiakian rupa lantas dijanjikan lagi dengan 'hadiah' yang paling istimewa.. Cuma satu perkara yang perlu kamu pertahankan adalah sabar.. Sabar dengan ujian dan sabar menanti anugerah dari Allah.. wahai hatiku.. Pandanglah semua ini dengan mata hatimu sekali lagi... Bangkitlah, bangun cari rahsia yang Allah sembunyikan dalam Qalam Suci, Al-Quran... susunlah langkahmu pasti ada jalan keluar.. Allah Maha Mengetahui.. Berusahalah walaupun usahamu tidak membuahkan hasil, tapi Dia tahu engkau telah sedaya upaya berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang paling diredhaiNya.. Yakinlah sabarlah.. Malah apapun yang kau cuba jauhkan, diamkan atau sembunyikan pantas Allah lebih mengetahui..

"Katakanlah: jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" Ali-Imran:29

Wahai hati.. Apapun jua ujian yang bakal mendatang setelah ini kuatlah kebergantungan mu padaNya.. Ilham yang terbentang gunakanlah sebaik-baiknya.. Carilah rahsia disebalik rahsia yang disembunyikanNya... Engkau pasti akan menemuinya.. Janji Allah itu PASTI..!!! InsyaAllah.. Sabarlah wahai hatiku dan hatimu jua... 

... Ibu Nora ...
12/11/2011... 1029