tag:blogger.com,1999:blog-34601686164939791902024-03-13T09:12:04.395+08:00Syukur itu sangat indah.. Sabar itu sangat perluBerusaha untuk menjadi ikhlas, tidak perlu menyatakannya.. Kerana ikhlas itu hanya Allah Penilainya..Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.comBlogger43125tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-70509965040290578442012-09-05T22:58:00.001+08:002012-09-05T23:04:35.962+08:00Sekadar Berbicara....Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana menggerakkan jemari ini untuk menaip.. Rindu untuk menulis dan mengeluarkan bicara.. Puas memujuk hati supaya terpandu untuk menulis, adakala membaca penulisan orang lain membuatkan diri untuk kembali menulis.. Sekiranya tanpa izin yang Maha Kuasa, nescaya hati ini tidak akan bergerak dengan sendiri tanpa keizinan Pencipta nya iaitu Allah SWT...

Setiap hari asyik bermain dengan minda dan hati yang selalu memaksa diri ini berfikir dan berkata-kata.. Tapi apakan daya, hanya mampu terlindung disebalik wajah.. Hari-hari yang dilalui penuh dengan gelagat dan ragam manusia yang sempat dirakam.. Kalau ikutkan hati mahu sahaja diluahkan, tapi biarlah tersenyum sendirian menelan pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya, yang penting segala perhatian yang dilakukan cukup menbuatkan hati ini menilai baik dan buruknya.. Bak kata pepatah “yang baik di jadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan”...

Liku-liku kehidupan masih di lalui walaupun ada waktunya diri ini tidak difahami.. Susah untuk memahamkan orang lain dengan cara kita.. Ingin katakan kepada mereka.. " ini langkah ku.." Biarkan diri ini dengan dunia ku.. Tapi, apakan daya, kita turut terlibat dalam memahami manusia lain sehingga terpaksa korbankan langkah yang ingin ku cipta buat sementara waktu demi menjaga hati-hati yang dekat dengan ku.. Hati yang meronta menangis seolah-olah memujuk diri, tapi usahlah terlalu lemah dengan tangisan, simpanlah air mata itu untuk keinsafan.. Sepanjang tempoh ini, hati ku membimbangi kekuatan iman yang semakin lemah,..iya..itulah yang dapat dirasai tatkala ini, kesedaran dalam kelalaian.. Emosi pulak asyik terganggu dengan perasaan marah adakalanya.. Dalam hati berkata..susah nya nak senyum macam Rasulullah yang sentiasa senyum walaupun marah... Huhuhuhu....

Semoga hari-hari yang kita tempuhi penuh dengan ukiran senyuman walaupun dalam kondisi marah, geram dan sebagainya.. Senyum adalah perkara yang tidak memberi kesusahan kepada kita malah membalas dengan ketenangan...

Senyumlah untuk bahagia..

Senyumlah untuk tenang..

Senyumlah dalam kemarahan..

Senyuman itu warna kehidupan..

Senyum itu kunci rahsia..

Senyuman itu sunnah Rasulullah..

Senyumlah kepada kehidupan...

Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-139667196303020552012-04-02T00:25:00.001+08:002012-04-02T00:29:23.584+08:00Inilah Aturan Tuhan buat saya..Bismillahirahmanirahim..

Assalamulaikum.. Alhamdulillah.. kalam ini masih lagi mampu menyusun kata.. Seringkali saya mempersoalkan kenapa ini jalan hidup saya, yang saya tak pinta semuanya menjelma.. Memaksa saya pada awalnya untuk menerima setiap yang bakal saya lalui dengan penuh tidak kepuasan hati.. Namun saya tempuhi jua, hari demi hari sampai suatu ketika saya mula sedar penerimaan saya untuk sesuatu yang saya tidak rela dahulunya adalah yang terbaik buat saya...

Subhanallah...Allah yang mengatur setiap sesuatu.. Aturan Nya penuh dengan hikmah.. Hikmah yang terbaik buat kita.. Dari saat itu saya mulai sedar tak semestinya benda yang saya mahu adalah terbaik buat diri ini.. Allah labih mengetahui.. Yang dapat saya lakukan adalah sentiasa bersyukur padanya dan terus bersabar melalui setiap aturan Nya.. Bersabar dengan kesabaran yang baik mengundang seribu makna.. Baik yang nampak di mata mahu pun tidak...

Keadaan ini terus berlaku dari masa ke semasa.. Seolah-olah sudah ada ketetapan untuk saya.. Apa yang saya rancang dan impikan bukan milik saya dan sekarang saya di sini dan sekali lagi saya terpikir kenapa saya disini bukan disana.. Tempat yang diimpikan.. Jawapannya terus berlegar disekelilng saya.. Saya berfikir sendiri kenapa saya dihantar ke tempat sebegini.. Saya berada dalam keadaan ketidakpuasan hati.. Namun bila difikir kembali... ya!ada hikmah kenapa saya disini.. Inilah Aturan Tuhan buat saya.. Saya harus pikul tanggungjawab itu dan bukan mengeluh kenapa saya disini.. Bukankah Aturan Allah itu sangat indah.. Ada hikmah disebalik sesuatu...

Tempat saya bagaikan secebis dari tempat mereka mereka...Tapi itu bukan alasan untuk saya terus merendah diri.. Pesona keindahan duniawi yang sementara itu tidak lagi penting buat saya.. Jika inilah aturan Allah buat saya insyaallah saya terima seadanya.. Biarlah apa yang nak dikata mereka mereka.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Jika saya ditempat yang gah seperti mereka saya pasti terleka..

Banyak yang berlaku dalam hidup saya.. Banyak pula yang telah saya pertikaikan pada awalnya, tapi Alhamdulillah dengan izin Allah saya lihat ianya sebagai satu ujian buat saya.. Saya bisa merancang apa sahaja yang saya mahu tetapi saya sedar saya hanya hamba yang menentukan hanyalah Allah Maha pencipta.. Berduka cita dan melakukan sesuatu dalam keterpaksaan bukanlah yang dipinta.. Saya gembira... Amat gembira.. Sentiasa tersenyum bahagia, disini saya temui kualiti diri saya, apa yang saya miliki dan apa yang saya mampu beri biarpun tidak nampak dimata manusia kecil dimata mereka, diperlekeh setiap masa.. Itu hanya mainan dunia dan saya terima seadanya jika itu aturan NYA...

Jika dahulu saya membangkang cara.. Melangkah ke arah yang berbeza.. Maahad muhammadi bukan destinasi saya.. Pasti saya sudah tenggelam kerana saya tahu siapa saya sebelumnya dan apa akan terjadi pada saya jika saya bukan disana dan saya lalui dengan hati terbuka.. Sama juga seperti disini.. Aturan Tuhan meletakkan saya disini tentu ada jua hikmahnya.. Ini yang terbaik buat saya dan saya bersyukur pada Nya.. Apa hak saya untuk mempersoalkan aturan yang indah ini.. Ini yang terbaik.. Saya mulai sedar dan yakin aturan Tuhan itu terbaik buat saya.. Alhamdulillah saya panjatkan padaNya....Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-49151548085838119282012-03-29T14:36:00.000+08:002012-03-29T14:36:01.233+08:00SyiriaSyria..

Awan kegelapan

yang berlabuh

menjengah kota Ibrid

kesejukan menerjah

kedinginan malam

meratah jasad yang

gelimpangan

menjadi lambakan

mayat-mayat tidak berdosa

Kini nasibmu tak ubah

seperti nasib saudaramu di Palestine

Keangkuhan

kesombongan

pemimpin menjelmakan diri bertuhankan Syaitan

Syria

Nasib rakyatmu kian malap

hanya bertemankan rasa ketakutan

hanya ketakutan diselang-seli

tangis-sendu

dan rasa kekhuatiran

pada bedikan peluru berterbangan

Kini dentuman mengisi sunyi malam

darah merah memercik di sana-sini

kekejaman pemimpin yang rakus

setiap saat memunah harapan rakyat seluruhnya

mata terpanah pada paparan yang terhidang ..

memikirkan nasib saudara seakidah ..

panorama apakah yang sedang kalian tatapi ..

wujudkah ikatan bebenang utuh menyelimuti ..

atau, hanya ada peluru sesat yang hinggap menyapa ..

yang tidak mengenal siapa dan dimana ..

menusuk tubuh kalian tanpa belas dan kasihan ..

Syria

kami mendoakan

kami memohonkan

kesabaranmu atas petaka ini

Kepada seluruh

saudara seakidah kami

nun jauh beribu-ribu

kami segarkan semangat

juang rakyat yang bangkit

melawan kezaliman ini

Syria

kami sentiasa mendoakan

keselamatan ke atas kalian

meskipun dengan tulus doa

bersabar dan yakinlah

di kejauhan ini

suatu saat tiba detik

kezaliman itu akan binasa

Hanya mengingati kezaliman

daripada pemimpin yang hanya

dahagakan kuasa di tanganIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-83090417344525114552012-03-17T21:14:00.001+08:002012-03-17T21:51:43.001+08:00Dari Hati Ke HatiSekali kaki melangkah bermakna bekas bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejak kembali.. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju.. Setiap yang tiba melalui detik detik masa akan nyata dan pasti diterima.. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak mungkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan hiba...

Ayuh jiwa.. Kuburkan sahaja bencana yang menimpa.. Kerana segala galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia.. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita.. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang.. Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan.. Dan percubaan penentu kejayaan.. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam idamkan...

Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan.. Dilanda taufan bergelombanglah ia.. Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa.. Dan perjalanan masa aneh pula.. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya...

Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat.. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu satu kehidupan.. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan.. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.. Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman.. Kerana ia takkan kemana.. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti.. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa.. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam idamkan.. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara.. Tapi hampa jiwa dek cita cita bermakna selama-lamanya kecewa...

Sama sama kita mengatur langkah, walaupun hanya mampu berjalan, tidak semestinya orang yang berlalu itu pantas menerima kejayaan dan kebahagiaan.. Namun di sebalik perlahan penuh dengan hikmah dan keyakinan.. Kekuatan itu bermula dalam diri kita dan kita yang menentukan segalanya, sebagai motivasi buat diri kita, cukuplah kita percaya dengan kekuatan diri kita sendiri disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWT... Wallahua'lam

... Ibu Nora ...

17/03/12.. 2113

disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWTIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-74872302090023763032012-02-29T10:14:00.000+08:002012-02-29T10:14:18.982+08:00Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendakBismillahirrahmannirrahim...

Terkadang aku terharu bilamana ada antara kamu mengatakan tulisan tulisan aku menyemarakan semangat kamu.. Menguatkan kamu dan memberi inspirasi bagi kamu.. Memang aku benar benar terharu.. Terharu, bukan bermakna aku berbangga dengan pujian kamu tetapi terharu kerana waktu yang aku peruntukan dihadapan laptop ini sekurang kurangnya dapat membuahkan kebaikan buat aku yang naif ini.. Seboleh bolehnya disetiap kedalaman hirup nafas ku ini, ingin aku damaikan jiwa kamu semua dalam mengalirkan semilir suara cinta dalam bayang indah syurga yang sama sama kita cari...

Apalah ada lagi dibumi ini? Selain ukhuwah kita dan dunia yang sering menyakiti kita..Tapi.. tidak semua tulisan ku dapat menarik perhatian kamu, kerana ada kalanya juga tulisan aku kosong dan kehilangan makna.. Bukan bermakna aku tidak mampu melembutkan hati kamu dengan bait bait lenggok puisi ku tetapi kerana hati ku diselaputi keliru.. Mana mungkin tulisan ku yang berpeluk dengan keliru dapat mengetuk pintu hati kamu yang sepi dan sunyi itu.. Aku tahu, ada diantara kita tidak semuanya bahagia.. Ada juga antara kita yang tidak mampu untuk ketawa.. Apa lagi dalam menemui bahgia sepotong kehendak dari hidup ini.. Seharusnya kita wajib terima kenyataan itu, kerana dunia memang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan.. Kalau pun bahgia, ianya hanyalah sebuah fatamorgana yang mengaburkan pandangan kita.. Ianya tidak kekal kerana ujian sering melilit kita.. Terkadang ia bagai raksaksa yang merangkul kita dan menutup segala ruang nafas bahgia.. Oleh itu jangan kita menjadikan dunia ini matlamat hidup kita.. Jadikanlah ia tempat pengumpulan pahala dan tebusan kita diakhirat sana dan bukan tempat santai kita mengumpul tawa.. Kawallah perasaan kita bila berhadapan dengan dunia.. Bersabar dan lakukanlah perubahan agar kita temui tawa dan senyum dihujung senja..

Ingatkah kamu lagi akan kata kata Umar bahawa dunia ini adalah keinginan yang tidak putus putus.. Kesibukan yang tak pernah habis dan angan angan yang tidak ada ujung nya.. Kerana itu manusia tidak akan pernah puas melayani nafsunya sehinggalah ditarik ruhnya dalam keadaan dia terkejut.. Sebelum sesuatu berlaku pada kita dan sebelum kita dipanggil pulang, seharusnya aku kamu dan semua kita harus berubah.. Koreksi iman kita.. Jika kegelapan carilah cahaya.. Jika kemarau basahkanlah ia.. Jika tandus suburkan ia.. Dan jika lemah, hidup dan bangunkanlah ia.. Dan itu semua memerlukan kekuatan dan kekuatan itu juga adalah pada diri kita sendiri yang harus kita cari.

Aku teringat kata seseorang pada ku dulu, andai kita rasa kita lemah bermakna kita kuat.. Andai kita rasa kita kekurangan dan terus bertanya untuk memperbaiki diri, maknanya hidayah Allah masih lagi terus bersama kita.. Cumanya kita kena teruskan usaha.. Memang, untuk menemukan kehendak iman kita dengan taufiq Allah itu bukanlah perkara mudah.. Katanya lagi, hanya satu saja jawabannya untuk kita buat yakni ” perang’.. Dengan ertikata mujahadah.. Memang kita tahu dan sebutnya selalu tapi apakah kita pernah cubanya selalu?.. Rasanya tidak.. Kita sering mengaku kalah sebelum berjuang.. Itulah sikap kita.. Tetapi jika kita tahu dan sedar akan tujuan hidup kita yang sebenarnya, pastinya kita mampu untuk bertarung dalam peperangan batin ini...

Sebenarnya kesedaran untuk berubah saja tidak cukup andai kita tidak punya iradah atau kemahuan yang kuat kerana hanya kemahuan yang kuat saja yang mampu men’drive’ kan kita menemui kenyataan.. Itulah titik temunya.. Orang yang jujur dengan kemahuannya saja yang dapat iltizam dan terus berada dijalan ini.. Marilah kita bawa kemahuan dan tenaga jiwa ini untuk menemui rindu kita.. Menemui airmata dosa kita agar dapat membasuh segala dosa duka.. Benarlah kata ulama’ salaf,

" Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak "Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-26943910321584765192012-02-26T21:43:00.000+08:002012-02-26T21:43:34.828+08:00CantikKecantikan adalah sesuatu yang subjektif.. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.. Kita dibekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza..

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.. Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza.. Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.. Tetapi tetap jua kita berbeza...

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.. Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.. Tetapi mereka yang memuja meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.. Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.. Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan...

Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.. Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur kata yang lembut akan meruntun jiwa.. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.. Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.. Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita... Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah... Subhanallah.. Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.. Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha.. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya...

25/02/12.. 2145Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-70406702038185981982011-12-26T22:12:00.000+08:002011-12-26T22:12:25.695+08:00Aku Dan WaktuDengan menyebut nama Allah

Aku bakal memulai perjalanan

Sebenarnya apa yang kita rencanakan belum tentu semua terwujud

Tapi tanpa rencana hidup tak akan terarah

Ku cuba bermuhasabah diri

Apa yang telah ku lakukan selama ini

Begitu banyak dosa ku lakukan

Begitu sedikit kebaikan ku lakukan

Di tahun baru ini

Mungkinkah masih ada waktu panjang

Untuk ku memperbaiki diri

Selalu berpesan pada diri

Laju sang waktu tak ada yang mampu menghalangi

Siang dan malam berganti tiada henti

Dan sungguh hidup sangat bererti bila ada tujuan pasti

Jangan sia siakan waktu

Detik dan minit yang akan menghabiskan usia kita

Jaga diri.. awasi diri..

Jangan terulang hidup tanpa tujuan

Seperti masa lalu

Perpisahan memang suatu kepastian

Sering meninggalkan duka lara

Namun jika perpisahan itu demi kebaikan

Alangkah bersyukurnya itu terjadi

Dan perpisahan kita ini

Semoga ALLAH izinkan kita berjumpa lagi

Dalam suasana yang lebih indah daripada hari ini

walau sejujur nya aku berat hati meninggal apa yang telah aku miliki

kerana ia sejarah dalam sebagian kehidupanku

Yang pasti memang kita tidak mungkin selamanya di sini

... Ibu Nora ...

26/12/11.. 2212Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-12362766464271472772011-12-09T22:50:00.001+08:002011-12-09T23:00:58.535+08:00Dialah Allah....Jangan salah sangka.. Bukan ibu bapa mu yang memaksa kamu menjadi seorang insan yang soleh.. Bukan ustaz yang mengajar mu yang sebenarnya menyuruh mu melakukan ibadah dan menjadi hamba Allah.. Bukan imam di masjid yang berceramah menyuruh mu menjadi hamba yang soleh lagi taat.. Bukan penulis tulisan ini yang menyuruh mu dan dirinya sendiri, menjadi hamba Allah yang sebenar.. Tetapi Allah yang menyuruh kita menjadi hamba yang diredhai Nya dengan melaksanakan tugas tugas kehambaan lalu Dialah yang akan membalasinya.. Penulis tulisan ini, imam masjid, ustaz yang berceramah atau yang mengajar di sekolah, hatta ibu bapa sekalipun, siapa kami dan siapa mereka, untuk menyuruh kamu (dan diri penulis), menjadi hamba Allah yang baik dan taat? Tetapi, yang menyuruh kita menjadi hamba Nya yang taat adalah Allah, Tuhan yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada, daripada tidak memiliki apa apa kepada mendapat segenap nikmat kurnia, daripada air yang tiada nilai kepada insan yang mulia dan Dialah yang akhirnya Tuhan yang akan mengadili kita setelah kita kembali hanya kepada Nya setelah mati nanti..

Kalau kita diberi peluang untuk melawan Allah sekalipun, kita sudah tentu tidak mampu untuk melawan Allah.. Apatah lagi, kita tidak beri peluang langsung untuk bertanya apa yang Dia telah dan akan lakukan kepada kita, sedangkan kitalah yang akan dipertanyakan.. Adakah seseorang itu menyangka dia ialah seseorang jika melakukan penderhakaan kepada Allah dan Allah tercabar dengan kedegilan itu?.. Sejak bila Allah perlukan kita untuk ambil kisah dengan tindakan buruk kita dan sejak bila kerajaan Allah boleh berkurangan dengan penderhakaan kita andai kita sanggup menderhakaiNya?.. Kita tidak cerdik kalau memilih untuk melakukan apa yang kita percaya, hanya kerana itu yang kita percaya, tanpa mengambil kira samada ianya adalah suatu yang hakiki atau khayalan fantasi sendiri.. Kalau kita bukan penasihat kepada diri kita sendiri, maka tiada yang boleh menasihati kita.. Orang boleh ajak kita berfikir, tetapi orang tidak boleh berfikir untuk kita.. Kita pun faham, kita tidak pernah mampu membahagiakan diri kita sendiri dengan apa yang kita cari.. Akhirnya, kebahagiaan itu adalah daripada Allah dan dengan Allah.. Hidup untuk diri sendiri tidak berbaloi kerana mati nanti akan menjadi pemisah terhadap semua yang kita kumpulkan untuk kepentingan sendiri dan diri sendiri pun tidak ada nilai melainkan apa yang di sisi Allah.. Hidup kerana Allah tidak pernah mengecewakan, kerana setiap saat kita berinteraksi dengan Nya sebagai tujuan.. Sebagaimana kita tidak pernah meninggalkan Nya dalam setiap tindakan, kita juga tidak akan ditinggalkan Nya dalam setiap ketentuan.. Bahkan, kita sentiasa bersama denganNya dan bersama dengan kebersamaan tersebut...

Kita masih ada masa, tetapi jangan buang masa.. Kita masih ada peluang, tetapi jangan jadikan sebagai alasan.. Jangan kelalaian semalam menjadi sebab untuk kelalaian esok.. Salah itu bukan alasan untuk terus salah, tetapi adalah sebab untuk melakukan perubahan dan pembetulan ke arah penyempurnan kehambaan.. Ianya adalah tentang sekarang, untuk lakukan apa yang perlu, untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.. Allah Maha Penerima Taubat, bagi mereka yang jujur untuk kembali kepada Nya.. Namun ingatlah, Dia juga Maha berat siksaan-Nya, bagi mereka yang mempunyai rasa berani menderhakai Nya dan berterusan dalam kelalaian kerana puas dengan penderhakaan tersebut.. Taubat boleh membawa kepada menghilangkan dosa besar dengan keampunan Allah sedangkan berterusan melakukan dosa walaupun kecil, tanpa keampunan Allah ia akan menjadi masalah besar kepada si pelakunya di akhirat.. Ia bukan tentang dosa seseorang, tetapi tentang kepada siapa dia melakukan dosa.. Kita adalah hamba samada kita akuinya mahupun tidak.. Bahkan, kita adalah hamba, samada hamba kepada Allah, yang merupakan suatu kemuliaan di sisi Nya, atau hamba kepada nafsu sendiri, yang merupakan suatu kehinaan di hadapan Nya.. Allah adalah Allah jua, tanpa kita.. Namun, siapalah kita, tanpa-Nya?...

... Ibu Nora ...

9/12/11.. 2250Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-27811193427776595542011-11-24T17:32:00.002+08:002011-11-24T18:01:19.809+08:00Merawat HatiRasailah nikmat dan bertuahnya menjadi hamba Allah, yang dijanjikan bahawa di sebalik setiap kesusahan akan menanti kebaikan yang berganda ganda.. Segeralah bertindak seperti dalam keadaan anak kecil jatuh dari tempat tinggi dan terluka, pastinya si ibu tidak membuang masa berteriak dan menangisi luka tersebut, sebaliknya secepat mungkin membalut luka itu.. Begitulah juga apabila hati kita terluka, usah terlalu lama meratapi kehancuran.. Tapi segeralah merawatnya kerana tempat di barisan hadapan alam bahagia tidak pernah tertutup andai kita mampu menjadikan semua ilmu dan pengalaman yang dimiliki ke arah lebih baik.. InsyaAllah, pasti putaran bahagia itu akan sampai ke ribaan kerana kabahagiaan itu berputar ke arah kita sebab dunia ini berputar bak roda...

Berusahalah merawat hati, membuat keputusan dan menjadikan setiap keputusan yang di ambil sebagai usaha untuk mencapai bahagia.. Binalah kepercayaan sepenuhnya pada Allah dan binalah kesedaran bahawa semua yang terjadi telah ditakirkan Nya.. Belajarlah melupakan masa lalu jika kita orang yang berfikir.. Orang yang berfikir akan melipat semua kisah muram masa lalunya, tidak pernah dilihat kembali, ditutupnya minda rapat rapat dan disimpan kemas kemas dalam peti, di ikat kuat dengan tali semangat, diletak di ruang gelap yang tidak tembus cahaya hingga berlalu dan habis terkikis dari hati...

Jernihkanlah fikiran.. Tidak lagi menoleh dan terus berlalu bersama geraknya angin yang sentiasa berhembus kehadapan, air yang mengalir kehadapan dan semua makhluk yang di ciptakannya terus bergerak kehadapan.. Tindakan ini penting kerana umur kita mungkin tinggal hari ini sahaja.. hari inilah matahari bersinar untuk kita.. Binalah keteguhan pendirian dan sedarlah bahawa kesabaran itu lebih memberi kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan juga akan lebih memberikan kesan positif daripada negatif.. Yakinlah dari waktu ke waktu pasti ada jalan keluar pada semua masalah...

Akhir kalam, dipesankan bahawa kehidupan ini lebih mahal daripada harta simpanan dan lebih berharga daripada semua kekayaan di muka bumi ini.. Pastikan jangan sampai hadiah termahal ini terlepas dari tangan.. Hilangkanlah semua rasa dendam di hati dan belajarlah memafkan diri sendiri serta semua orang yang ada hubungan dengan kita secara bahagia atau derita..Setelah memaafkan kita akan merasakan ketenangan yang melembutkan perasaan.. Bawalah kelembutan itu kemana jua kerana di mana pun kelembutan itu berada ia akan menjadi perhiasan kepada pembawanya.. Rawatlah hati kerana hati itu raja kepada anggota.. Jika raja sakit, semua rakyat turut berduka.. Jangan menjadikan luka semalam sebagai teman kerana luka itu akan merosakkan hari yang akan mendatang.. Kehidupan ibarat memetik mawar walaupun terkadang tangan luka tercucuk durinya...

... Ibu Nora ...

24/11/11.. 1732Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-75878207593790394572011-11-12T10:31:00.001+08:002011-11-12T10:33:34.886+08:00Renunglah Wahai HatiSubhanallah.. Maha suci Allah yang menciptakan ketentuan... Walau pada awalnya, itulah jalan yang terbaik, namun rahsia Allah tetap rahsia.. Disembunyikan dari pengetahuan manusia... Dia memberi ujian hanya dalam sekelip mata... Lantas dibiarkan manusia itu mencari jalan keluarnya sendiri... Dibentangnya jalan dengan cara yang cukup terseni.. Diilhamkan penyelesaian yang hanya mampu dilihat oleh hati nurani...

Ya!!... Kamu mampu.. Mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung.. Tapi... "saya dah buat yang terbaik... saya dah istikharah sebelum buat pilihan itu... saya cuba pilih jalan yang paling Allah redhai... tapi sekarang....kenapa saya merasakan pilihan saya dulu adalah kesilapan besar yang pernah saya pilih...kenapa? saya sedih.. " Wahai hati... Renunglah sedalam-dalamnya... Ya.. Mungkin pilihan yang kau pilih adalah yang terbaik untukmu.. Allah tahu betapa kau telah berusaha sebaiknya tapi pernahkah kau fikir, kenapa Allah masih memberi kesukaran buatmu? Renunglah dengan mata hatimu, diamlah sejenak... Wahai hati.. Berbaik sangka lah pada Allah yang menganugerahkan ujian ini kepadamu... Mana mungkin Allah tidak mengerti hati hambaNya.. Belailah jiwa.. Apa yang Allah cuba lakukan ini adalah suatu ketentuan yang tersirat dalam rahsianya... Pasti Allah sebagai Pencipta segalanya punyai jawapan atas setiap ciptaanNya....

Wahai hati.. Fkirlah ini.. dulu kau pernah berkata.. "Ujian tanda kasih sayangNya dan ujian adalah anugerah Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.." Lupakah engkau pada ucapan yang keluar dari bibirmu.. Inilah peluangnya untuk kau buktikan kata-katamu itu kerana sampai satu saat Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu.. Ingat..!! "iman itu adalah cabaran..!!" Engkau boleh mengaku engkau mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini... hmm..Inilah yang perlu engkau taruhkan.. Mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi.. Sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran.. Yang lebih hebat lagi.. Takkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah.. Lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah... kalau begini sikapmu wahai hati... macam mana kau nak hadapi ujian yang mendatang?.. Renungkanlah..

Kalau engkau masih bersedih wahai hati.. Ke sini dekat denganku, ingin aku khabarkan berita baik untukmu.. Bukan dariku tapi berita ini dari Allah buatmu andai engkau menghayati setiap apa yang Allah kiaskan dalam Qalam SuciNya ini...

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan." Al-Ahqaf:13-14.

Lihat betapa Allah Maha Memahami.. Dipujuk hatimu sedemiakian rupa lantas dijanjikan lagi dengan 'hadiah' yang paling istimewa.. Cuma satu perkara yang perlu kamu pertahankan adalah sabar.. Sabar dengan ujian dan sabar menanti anugerah dari Allah.. wahai hatiku.. Pandanglah semua ini dengan mata hatimu sekali lagi... Bangkitlah, bangun cari rahsia yang Allah sembunyikan dalam Qalam Suci, Al-Quran... susunlah langkahmu pasti ada jalan keluar.. Allah Maha Mengetahui.. Berusahalah walaupun usahamu tidak membuahkan hasil, tapi Dia tahu engkau telah sedaya upaya berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang paling diredhaiNya.. Yakinlah sabarlah.. Malah apapun yang kau cuba jauhkan, diamkan atau sembunyikan pantas Allah lebih mengetahui..

"Katakanlah: jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" Ali-Imran:29

Wahai hati.. Apapun jua ujian yang bakal mendatang setelah ini kuatlah kebergantungan mu padaNya.. Ilham yang terbentang gunakanlah sebaik-baiknya.. Carilah rahsia disebalik rahsia yang disembunyikanNya... Engkau pasti akan menemuinya.. Janji Allah itu PASTI..!!! InsyaAllah.. Sabarlah wahai hatiku dan hatimu jua...

... Ibu Nora ...

12/11/2011... 1029Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-4464189296726624092011-10-30T10:45:00.000+08:002011-10-30T10:45:07.478+08:00Esok Bukanlah SemalamSemalam,hari ini dan esok tak pernah pun hilang dari hidup kita, meskipun semakin berjalan waktu, semakin jauhlah ia.. Namun, bekas-bekasnya sentiasa ada.. Selagi kita bernyawa kita berada di sini, di tempat kita pada hari ini pun kerana peristiwa semalam dan kita berada di mana-mana jua pada esok hari pun kerana peristiwa hari ini.. Adakalanya, semalam itu lebih besar nilainya buat seseorang berbanding esok.. Semalam itu mendewasakan sedangkan esok me"remaja"kan.. Semalam makin bertambah sedangkan esok semakin berkurangan..

Hari ini dan esok, jangan pernah mahu mengaku kalah,jangan kerana hati disakiti.. Kita ingin musnahkan hidup kita.. Kembali pada niat asal cita-cita kita, apa yang ingin kita gapai dalam hidup, cari semula kekuatan dalam diri,bina semula jiwa yang terluka dengan kekuatan baru.. Orang yang selalu sabar,tak pernah berputus asa walaupun apa yang dihadapinya itu menyakitkan, akan selalu mendapat keuntungan dan kebahagiaan di akhirnya.

Hidup kita akan selalu dan tetap positif walaupun sakit bila kita diuji, walaupun pedih bila hati kita disakiti seandainya kita menerima segala takdir yang menimpa.. Semakin kita menghayati nilai takdir dengan kacamata iman, akan membawa kita semakin hampir pada Maha Pencipta.. Di kala itu, pintu kebahagiaan pasti akan terbuka untuk kita.. Apa yang kita lalui sebenarnya kita tak pernah bersendirian tapi DIA selalu bersama kita..

Andai kita melalui kehidupan hanya dengan menghadap ke arah hadapan tanpa menghadap ke arah belakang bererti kita tidak menghadap ke mana-mana arah sama sekali.. Sebab yang berlalu itu pelajaran.. Orang yang tak tahu menghargai hari yang telah berlalu, nescaya dia takkan tahu menghargai hari yang akan datang.. "Masa hadapan" dibina dengan "masa silam" kerana semalam juga adalah sebahagian daripada hari esok.. Mungkin ada yang mengatakan,'Awak dah berubah,tak seperti dulu'...

Hanya mampu tersenyum,tak perlu kata apa-apa.. Yang penting,cuba kembali membina jiwa, berubah ke arah lebih baik, lebih matang, lebih dewasa.. Kita berusaha untuk bina kekuatan jiwa, kata seorang sahabat.. "Semua orang berusaha.. Namun,natijah usaha itu tetap apa yang telah ditentukan oleh Allah.. Maka,redhalah dengan setiap ketentuanNya.. Andaikata seseorang ditakdirkan miskin oleh Allah misalnya, adakah dengan bersifat tidak redha terhadap ketentuanNya terhadap takdir tersebut boleh menyebabkan dia menjadi kaya?"..

Setiap orang pernah terluka hatinya, sebab itu satu perasaan yang DIA kurniakan dalam tiap-tiap diri manusia.. Kecewa atau dikecewakan, semuanya memberi kesan kepada kita.. Mungkin bila kita kecewa atau dikecewakan, dapat melembutkan jiwa kita yang ego selama ini.. Ataupun apa saja hikmah yang terkandung di sebalik anugerah kurniaanNya itu.. Sunnatullah dalam kehidupan ini dipenuhi dengan seribu satu ujian.. Sebab itu hidup duniawi ini terlalu sempit untuk mencari makna kebahagiaan sejati padanya melainkan orang yang bergantung padaNya.. Kebahagiaan hakiki takkan hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendak diri sendiri tapi ia hanya hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendakNya..

Semalam bukannya hari ini dan hari ini bukannya esok.. Tapi semalam,hari ini dan hari esok semuanya ada pengertian tersendiri untuk kita hayati...

... Ibu Nora ...

30/10/2011.. 1044Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-41002238149488614182011-10-16T23:19:00.000+08:002011-10-16T23:19:51.313+08:00Biarkan Angin Itu BerlaluKita berpaling ke belakang seketika.. Luka semalam seakan akan tak mungkin sembuh.. Tanah yang kita pijak seakan akan masih basah kerana hujan kemarin.. hurm.. Mengapa mesti menoleh kalau sudah tahu ia tak akan kembali.. Seharusnya kita sedar bahawa hidup bukan lagi untuk semalam.. Tapi untuk hari ini dan esok.. Semalam biarkan saja pergi.. Ia sudah menjadi guru.. Agar kita belajar sesuatu darinya .. Sekurangnya kegagalan semalam memberi kita nafas baru untuk kembali berdiri hari ini.. Nafas harapan supaya terus melangkah untuk esok...

Wahai diri yang gagal.. Ingatlah ketika kita terduduk.. Jalan untuk bangun sentiasa akan ada .. Terus meratapi kegagalan tidak akan mengembalikan apa apa.. Sebaliknya kita harus mengumpul kekuatan baru untuk bangkit semula... Dihujung terowong pasti ada cahaya.. Yakinlah kerana selain keazaman belajar dan usaha yang berterusan, doa serta tawakal, KEYAKINAN adalah kunci kejayaan.. Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah gagal tapi mereka bangun dan belajar daripada kegagalan.. Dan mereka tidak pernah menyerah kalah.. Mereka cuba dan terus mencuba.. Mereka bukan manusia luarbiasa tapi manusia biasa yang semakin di uji menjadi semakin kuat, tabah, gigih, berani dan akhirnya berada di puncak.. hmmm...... Diri ingin menjadi seperti mereka.. Berikan diri kekuatan itu Tuhan ...

Wahai angin... Terima kasih kerana membawa kedukaan semalam berlalu bersamamu.. Wahai diri.. kita hidup bukan untuk gagal.. Gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya.. Lupakan kegagalan semalam.. Teruskan kehidupan hari ini.. Dan esok biar Tuhan yang tentukan..

~ never say never! ~

... Ibu Nora ...

15/10/2011... 2318Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-19554592636886044692011-10-09T11:33:00.000+08:002011-10-09T11:33:01.460+08:00Berpijak Di Bumi NyataPerkhawinan.. Satu alam yang saya percaya semua orang mengimpikannya.. Bukan setakat bahagia tetapi juga mendapat keredhaanNya.. Tetapi sebenarnya dalam alam perkahwinan , apa yang kita mahu?...

Semasa kita bercinta, saling merindu, mengimpikan satu ketika nanti kita akan hidup bersama, apa yang kita harapkan?.. Seorang gadis kepada tunangnya?.. Seorang lelaki kepada bakal isterinya?.. Apa yang ada dalam impian masing-masing tika itu?..

Saat lelaki menggenggam kemas tangan kadi, berdebar untuk menyahut akad, tentunya tertanam azam untuk memulakan bahtera rumah tangga yang indah dan damai, penuh mawaddah dan rahmah..

Tatkala dara menanti dengan penuh resah, saat sah nya dia menjadi seorang isteri, tentu dalam dadanya, terdetik semangat untuk menjadi seorang isteri yang paling baik buat seorang lelaki yang kini bergelar suaminya.. Lalu, bila masa berlalu.. tahun berganti tahun, apa sebenarnya yang telah berlaku?

Mengapa impian, azam, semangat itu telah kian pudar atau hilang sama sekali?.. Yang tinggal hanya pandangan duka, niat untuk berpisah, perasaan terluka, rasa rendah diri, merasa seperti sampah di mata pasangan.. seolah olah bahagia itu sesuatu yang jauh.. Tak akan mungkin kesampaian.. Masing-masing nampak silap dan salah pasangannya.. Merasa ketakupayaan diri untuk membetulkan haluan bahtera yang telah tersimpang jauh dari landasan mawaddah dan rahmah ALLAH. merasa seolah melalui hari-hari bersama kerana itulah yang perlu di buat..

Bangun pagi, buka mata, kemudian buat apa yang perlu dibuat.. Tanpa ada lagi tautan hati dengan pasangan.. Jiwa mudah tersentuh.. Hati mudah terluka, perasaan mudah tersisih.. Memandang pasangan bukan lagi dengan pandangan kasih.. Sebaliknya dengan hambar dan tawar.. Kekadang hati mahu mendekati tetapi pasangan pula membina benteng.. Sehingga rasa benteng itu tak akan dapat diruntuhkan.. Akhirnya jiwa makin jauh..

Lalu, bagaimana mahu dilakukan?.. Tahukah sebenarnya bahawa bahagia itu bermula di hati?.. Siapa yang berkuasa atas hati kita?.. Sekiranya kita dapat menjawab soalan ini, sesungguhnya jalan kebahagiaan itu sudah ada, cuma belum diterokai.. Apabila kita mampu meletakkan jawapan itu dalam pengamalan kita, barulah penerokaan kebahagiaan dalam tangan kita, dan insyaAllah bahagia milik kita..

Hati itu milik ALLAH.. TerserahNYA mahu meletakkan bahagia itu di dalam hati hambaNYA, cuma satu perlu kita ingat.. ALLAH tak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya.. belajarlah mencari jalan itu dengan kekuatan doa..

... Ibu Nora ...

09/10/2011... 1132Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-47912042385090226422011-10-06T23:03:00.000+08:002011-10-06T23:03:42.688+08:00Aku Bersujud Pada MUYa Allah.. Yaa Robb sekalian alam.. Sungguh Dahsyat dan Luar biasa Kebesaran dan Keajaiban MU ya ALLAH.. Betapa kotor dan buruknya diri hina ini hingga membuat tak kuasa ku menggangkat kepala memandang MU.. ya ALLAH.. tertunduk wajahku merona memerah tersipu sendiri..

Betapa sungguh malunya diri hina ini untuk berkata kata kepada Mu.. ya ALLAH.. Tetapi sungguhlah kepada siapa lagi aku harus mencurahkan isi hati gelisah duka laraku.. Engkau Maha Pemelihara.. Maha Mengetahui dan Maha dari sekian Maha.. Tanpa ku pinta.. tanpa ku mohon.. kau pelihara aku dan keluargaku dari pagi hingga malam menjelang datang..

Ya ALLAH.. Ya Robb.. sebelum aku meminta sesuatu untuk diriku engkau sudah memberikannya.. Engkau sudah menyediakan semuanya.. sungguh membuatku semakin tersipu sipu malu melihat Kebesaran dan Keajaiban MU ya ALLAH.. Bagaimana aku bisa kecewa dan gelisah gundah gulana jika Engkau selalu menghibur dan menyapaku mesra dengan segala kelembutan dan kerinduan MU.. ya ALLAH.. Bagaimana aku bisa merasa letih dan berbeban berat apabila dengan MU selalu terukir CINTA dengan pena Kasih Sayang meraih diriku.. mengambil beban dari pundakku.. ya ALLAH..

Yang tertinggal dalam diri hanyalah tangis sujud syukur nikmat dan penyerahan diri kepadaNYA.. tersungkur lemah tiada daya upaya.. Dalam kelemahan sangat sapaan itu terasa menggetarkan sang diri terbang melayang hilang kesedaran.. SubhanAllah.. Aku bersujud pada Mu Ya Allah

... Hamba Mu ...

06/10/2011... 2304

Lenyap dalam pelukan Kebesaran dan Keajaiban ALLAHIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-37644081982515670902011-10-06T10:44:00.002+08:002011-10-06T10:47:48.292+08:00Warkah Buat sahabatSahabat ku...

Sebenarnya ingin ku menulis sebuah warkah kepada kamu meluahkan segala isi hati, menceritakan segala masalah yang dihadapi dan ingin mendengar setiap pujukan yang ikhlas terbit dari hati.. Namun apakan daya, hanya diri ini mampu meluahkannya di sini..

Sahabat, fahamilah.. Diri ini sering melakukan kesilapan, sering ingin memperbaiki diri, namun tidak pernah tetap dalam kata kata.. Diri hanyalah sahabat yang serba kekurangan dari segala segi.. Setiap sifat dan tingkah laku yang ada, diri merasa amat memerlukan bimbingan dan teguran daripada kamu...

Allah mengurniakan diri sahabat kerana inginkan banyak hikmah buat hambaNya.. Mungkin sahabat dicipta sebagai pendokong dan penyokong ketika diri dalam kelemahan, menjadi teman di kala diri ingin berkongsi keriangan, menjadi cermin dalam segala perbuatan.. Jadilah untuk ku wahai sahabat, cermin yang memantulkan segala yang tersembunyi dalam diri ini, cermin yang bersih dari segala kekotoran.. Cermin yang sentiasa bersama-sama dalam setiap masa dan setiap waktu..

Akir kalam

Maafkan diri ini sahabat.. Di atas segala ketidak sopanan dalam persahabatan dan juga maaf di atas segala tindakan serta kata-kata yang mengecewakan dan menyakitkan.. Ketahuilah.. Sayangnya diri ini kepada kamu, seumpama sayangnya diri ini kepada dirinya sendiri….. Moga Allah mengurniakan nikmat persahabatan keranaNya kepada kita yang menjadi asbab kepada redha Allah kepada kita jua.. Ukhuwwah fillah.. Aamiin.. Wassalam..

Salam Ingatan

... Ibu Nora ...

06/10/2011... 1044Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-54133102421514691672011-10-05T00:24:00.000+08:002011-10-05T00:24:31.538+08:00Tarbiyyah Allah Itu IndahSetiap orang pasti ada titik-titik dalam hidupnya yang meninggalkan kesan besar dan membawa perubahan besar kepada dirinya.. Alhamdulillah, pertemuan aku dengan sebuah dunia sukar tapi indah yang bernama tarbiyyah ini banyak sekali memperkenalkan aku kepada manusia-manusia biasa yang penuh kisah-kisah luar biasa dalam hidup mereka.. Aku selalu memberitahu hati ku bahawa Allah swt tidak akan pernah membiarkan satu detik pun dalam hidup kita itu berlalu sebagai sesuatu yang sia-sia.. Walaupun, ketika itu kita sedang melakukan perkara yang paling sia-sia dalam hidup kita, saat ia telah berlalu, dan kita menyesalinya, menjadilah detik sia-sia itu detik yang bermakna dan berharga sekarang, kerana ia mencetus taubat dan tekad untuk memperbaiki keadaan.. Kerana Allah swt adalah Al-Khaliq yang menjadikan segala sesuatu dalam sebaik-baik rupa dan keadaan.

Kerana itulah seorang mukmin itu meyakini bahawa jalan hidupnya dan segala onak duri yang datang menyimpangi jalan, adalah cantik, baik dan bagus untuknya dan menjadilah dia dari kalangan orang-orang yang bersabar.. Bukan mudah untuk membina feeling sebegini.. Ia perlu tekad dan muhasabah yang besar.. Ramai orang boleh mengucapkan alhamdulillah di saat kemenangan mendatanginya tapi hanya sekelumit yang mengucap syukur dan memuji Allah swt saat kesusahan datang menimpa-nimpa...

Tarbiyyah, menghidangkan manusia-manusia dari kelompok yang kedua ini. Yang ikhlas dan istiqamah, sekalipun di uji.. Walaupun hakikatnya hatinya tetap merasa berat, dia lelah dan penat, tapi kerana ruh tarbiyyah sudah mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah, maka seseorang itu akan tetap bangun dan meneruskan nafas dakwahnya.. Walaupun segala sesuatu disisinya tidak membantu tarbiyyah dirinya, dia akan tetap berkilau.. Kerana hari ini dia logam Islam. Bukan lagi logam jahiliyyah.

Lihatlah diri kita sendiri. Entah dari mana-mana je Allah swt kutip kita, kemudian bersihkan kita, lepas tu Allah swt celup celup kita dengan sebahagian tarbiyyah ini sehingga mata kita yang diselaputi debu-debu jahiliyyah tu akhirnya bersih, cerah, terang, nampak.. Jadi, sebagaimana tarbiyyah boleh dan telah mengubah kehidupan kita, membersihkan diri kita, memberi harapan dan wawasan baru kepada kita, seperti itulah juga kita sepatutnya berharap, berusaha dan berazam sepenuh hati dengan penuh yakin bahawa tarbiyyah ini akan mampu membawa perubahan kepada umat ini juga.

Amal tidak akan berbuah tanpa dibajai keyakinan.. Sesuatu yang kita tidak yakini dengan jelas, kita tidak akan yakin untuk menyampaikannya, apatah lagi memperjuangkannya sehabis daya.. Kalaupun kita berjuang untuknya, kita pasti tidak akan lama, kerana kita menjadi tidak selesa kerana terbeban dengan ketidakjelasan dan kekusutan.

Nafas dakwah masih panjang dan belum berakhir. Dan kita akan terus menyaksikan rombongan demi rombongan manusia meninggalkan bangunan-bangunan dan kompleks-kompleks jahiliyyah kepada binaan-binaan Islam dan titian-titian jannah.

Siapa sangka, suatu hari nanti, mungkin ikhwah yang duduk disebelah kita, 5 tahun yang lalu adalah seorang mat rempit. Tapi Allah menyelamatkannya. Dari jalan raya, dia kini di jalan dakwah. Dan hari ini dia bersama-sama kita. Tidak mahukah kita melabuhkan bahtera penyelamat ini agar seluruh umat dapat berlayar bersama-sama kita?

Allahuakbar.

Betapa besarnya tanggungjawab kita...

... Ibu Nora ...

05/10/2011.. 0022Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-19979827562134294872011-10-03T21:58:00.000+08:002011-10-03T21:58:35.356+08:00Bila Sang Pungguk BerbicaraApabila Sang Pungguk berbicara, dunia sekeliling sepi dan sunyi bagi mendengar tutur kata Sang Pungguk yang selama ini diam membisu seribu bahasa sambil memandang bulan tanpa kerdipan mata.

Diamnya Sang Pungguk kerana memikirkan diri ini hanyalah seorang hamba, tiada daya upaya, tiada harta yang mampu untuk berbicara.. Daya seorang hamba hanya akur pada suruhan Tuannya, tiada lagi masa atau ketika untuk memikirkan kehendak diri dan kepuasan hati. Apa yang terlintas dihati hanyalah suruhan Tuan yang mesti dipenuhi.

Sang Pungguk masih belum berbicara, apa yang terlintas hanyalah muhasabah seorang hamba, bertelaku, diam membatu diri sambil fikiran jauh melayang memikirkan kebesaran Ilahi. Kecil dan hinanya diri ini untuk berbicara walau sepatah perkataan, adakah kalam yang bakal keluar dari mulut kecil ini diredhai oleh Tuan empunya kalam?

Dunia masih diam membisu, sunyi seketika menunggu saat Sang Pungguk berbicara. Akan tetapi Sang Pungguk masih diam membisu dan masih memikirkan kalam apakah yang mampu seorang hamba berbicara. Supaya kalam hamba itu tetap kalam hamba dan bukanlah kalam Sang Pencipta. Takutnya Sang Pungguk kepada Sang Pencipta kerana dalam diri seorang hamba tiada apa yang hendak dibicarakan.

Akhirnya Sang Pungguk berbicara jua, katanya "Terima kasih wahai Sang Pencipta kerana hamba masih seorang hamba dan hamba bersyukur dengan rahmat dan kurniaan Mu". Dunia yang sunyi dan sepi mula kembali berbicara, selama Sang Pungguk diam membisu itu sahajakah yang ingin dibicarakan? Kenapa Sang Pungguk tidak menceritakan kisah dirinya yang lama menyepi diri?

Akan tetapi Sang Pungguk pun kembali kepada kedudukan asalnya mendiam diri sambil merenung rembulan mengambang di tengah malam yang sunyi.

Dunia juga tidak lagi mempedulikan Sang Pungguk kerana baginya biarlah Sang Pungguk dengan caranya kerana dunia tetap dunia dan Sang Pungguk tetap Sang Pungguk.

Sekian dulu kisah Apabila Sang Pungguk berbicara, tiada kalam, tiada suara, hanya huruf tersusun mengikut rentakNya..

... Ibu Nora ...

03/10/2011.. 2158Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-29920193258233213312011-09-26T22:28:00.001+08:002011-09-26T22:33:18.337+08:00Wahai Hati...Hati tiada akan lidah namun ia berbicara

Hati itu tiada jemu melakarkan kata kata

Walau di usik dengan getaran jiwa

Ia akan tetap akan berbicara

Hati meluahkan rasa ketika sunyi dan tika dirai

Hati juga boleh melihat, walau tiada mata

Namun pandangannya masih lagi ada

Merenung jauh di dalam jasadnya jiwa

Merasai keindahan terciptanya perasaan

Hati bertapaknya iman

Adakala suka dan duka

Menjadi tempat menyimpan kata kata

Mungkin akan selalu ada

Yang indah dan derita

Hati tempat tersemat janji

Percaya dan memberi

Akan sesuatu yang telah menyimpan akan sesuatu

Menjadi pegangan sesuatu kekuatan

Untuk menjadi pedoman

Hati boleh merasa pahit tanpa lidah

Hati terluka di hiris kata kata

Sakit dan pedih

Merawatnya juga sendirian

Hati menjerit tanpa suara

Hati yang menderita angkara lidah dan perbuatan

Yang sepi pun hati

Yang faham juga hati

Yang khusuk juga hati

Yang tawadhu' juga hati

Yang inginkan bahagia juga hati

Yang ada pada kitapun hanya sekeping hati

Hati...

Jangan dikau gusar

Jangan ada cemburu

Alangkah hebatnya hati

Walau remuk, sakit, pedih, retak seribu, dipalu, dihimpit, diketuk, dicuri, dilukai,

Namun hati tetap hati

Masih mampu mengukir bahagia di hati...

... Ibu Nora ...

26/09/2011... 2228Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-21788381839834329132011-09-24T23:48:00.001+08:002011-09-24T23:49:11.151+08:00Berdiamlah Jika PerluUntuk membiarkan sesuatu tanpa di bicarakan atau berkata benar walaupun hakikatnya pahit... Berada di tengah-tengah dilema antara dua, yang bisa membuat kan kita untuk melakukan salah satu daripadanya atau kedua-dua nya...

Betullah apa yang Ibu pelajari, membuat sesuatu itu dan melakukan tindakan yang betul biarlah kena pada tempatnya atau lebih tepat di perkatakan biarlah kena pada situasinya... Membiarkan sesuatu tanpa bicara mungkin yang terbaik jika penjelasan itu langsung tidak di perlukan... Mungkin masa yang akan memulihkan keadaan seperti sediakala... Jika keadaan semakin keruh jika kita bicara , biarkan saja semuanya berlalu tanpa kata... Biar saja kita diamkan dan bukan berdiam itu bermaksud kita bersalah atau mengalah... Sebaliknya tanda kita memahami situasi dan mungkin itu cara terbaik untuk kita meredakan keadaan yang sedang hangat... Mungkin dengan berdiam dan melupakan dapat membuatkan keadaan pulih sediakala... Jangan khuatir jika kebenaran itu tidak dapat di perjelaskan kerana pasti suatu masa nanti akan terbongkar juga segalanya... Mungkin saat ini kita kecewa, namun jangan kita lupa, mungkin suatu hari nanti kita tersenyum bila kebenaran itu di hadapan mata... Sabar itu kunci semuanya.

Terkadang perlu juga kita berkata benar walaupun pahit... Semestinya situasi ini sukar untuk di lakukan sesetengah pihak... Namun terkadang mungkin ini jalan yang terbaik untuk membuatkan mereka sedar... Sedar dari keselesaan yang salah, sedar dari hidup dalam kegelapan... Mungkin mereka kurang sedar yang sememangnya mereka salah, namun harus kita perbetulkan yang tidak betul dan juga perlu kita sedarkan mereka... Walaupun hakikatnya perkara itu cukup pahit untuk di luahkan , namun fikirlah untuk kebaikan bersama... Haruslah juga kita sedar bahawa kebenaran yang kita beri itu tidak selalunya akan di balas dengan ucapan terima kasih... Sebaliknya sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal di terima... dan sekali lagi sabar itu adalah kuncinya.

Sekadar meluahkan rasa yang terpendam di hati, jika membiarkan tanpa bicara tidak berhasil, mungkin harus kita beralih kepada berkata benar untuk kebaikan

... Ibu Nora ...

24/09/2011... 2348Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-41378895411788114902011-09-22T09:39:00.001+08:002011-09-22T09:43:11.261+08:00KehidupanTuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup.. ada masa senang, ada masa susah.. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan..

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup.. Apabila kita di timpa kesusahan, rasakan dalam hari.. ya, selepas ini akan datang kesenangan.. Sabarlah sebentar.. Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa.. ya, selepas ini akan datang kesusahan.. Bersiap-sedialah.. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.

Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan.. Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.. Fahamilah hakikat ini.. Bila yang di buat 'serba tidak kena' itulah hakikatnya satu kehidupan.. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah.. Hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan kehidupan...

... Ibu Nora ...

22/09/2011... 0938Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-10650509253170576192011-09-19T16:33:00.000+08:002011-09-19T16:33:02.726+08:00MaafkanlahBukan mudah untuk memberi maaf, apatah lagi saat hati terluka dek tindakan insan lain pada hati kita. Saat jiwa masih berduka dan terluka, bagaimana untuk memaafkan insan yang menusuk pisau tepat di hati kita?.. Bersabarlah andai ada insan yang menguji hati, dan tolaklah segala perkara yang tidak baik itu dengan cara yang baik. Walau apa yang disebarnya, yang benar itu tetaplah benar dan yang salah itu tetaplah salah. Allah S.W.T. mengetahui segalanya. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang baik, pasti ada ganjarannya dari Ilahi.

Memberi maaf kepada insan lain sebenarnya memberikan kebaikan kepada diri sendiri lebih daripada insan yang melukakan hati kita. Apabila kita memaafkan, kita tidak lagi terjerumus dalam kancah dendam, benci membenci, tidak bertegur sapa, khianat mengkhianati, tikam belakang dan sebagainya yang memang akan menggelapkan hati kita. Maafkanlah insan lain sebagaimana diri mahu diampuni Allah atas segala salah dan kesilapan yang lalu. Maafkanlah sebelum hati mula dikerumuni zarah-zarah hitam yang bakal menggelapkan hati. Maafkanlah dalam kadar cepat sebagaimana diri mahu Allah mengampuni dalam kadar secepat mungkin juga atas segala dosa-dosa yang kita lakukan...

Usahlah menyimpan rasa permusuhan dalam hati. Biarkanlah apa yang berlalu itu hanyut pergi meninggalkan diri dan masa kini. Selalulah berpesan kepada diri agar tidak melampaui batas dalam keadaan bagaimana sekalipun, dan ingatlah bahawa Allah S.W.T. itu bersama dengan orang yang benar. Suburkanlah kesabaran dalam diri. Mungkin ini masanya untuk menguatkan hati yang sebelum ini amat lemah terkulai tanpa ujian yang menimpa hati... Wallahua'lam

... Ibu Nora ...

19/09/2011... 1632Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-63527239224020803502011-09-19T14:39:00.002+08:002011-09-19T14:39:55.536+08:00Cermin DiriDaripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis:

Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidaya. AamiinIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-18450747584603128102011-09-16T10:03:00.001+08:002011-09-16T10:04:49.759+08:00Faham Dan MemahamiRamai orang ingin difahami atau merasa sudah memahami orang lain. Yakin? Seorang sahabat mengatakan hal yang unik “Orang yang memahami kita adalah orang yang tidak faham dengan kita tapi tetap memahami kita.” Atau dalam bahasa percakapan biasa, lebih begini “Aku tah memahamimu, tapi aku paham.” Hm…, bingung?

Setiap orang tentu memiliki permasalahnnya sendiri, memiliki watak mereka sendiri. Acap kali hal-hal yang sangat kita suka itu kurang sesuai dengan orang lain. Misalkan kita suka naik gunung hingga tidak mandi berhari-hari. Orang lain mungkin berfikir “mengapa panjat gunung hingga sanggup tak mandi berhari-hari.. Aku tak paham betul dengan sikap mereka.” Nah, inilah orang-orang yang tidak paham dengan tingkah laku kita.

Apakah orang-orang itu adalah orang yang tidak memahami kita? Belum tentu. Kalau orang itu lantas meninggalkan kita karena merasa naik gunung itu aneh dan tidak sesuai dengan pribadi mereka, berarti orang-orang itu memang benar-benar tidak memahami kita. Tapi kalau orang itu enjoy-enjoy aja, tetap membiarkan kita naik gunung, dan tetap bertahan menjadi orang dekat kita walau tidak suka dengan aktivitas naik gunung, berarti dialah orang yang benar-benar memahami kita.

Contoh lain yang lebih simpel. Seorang istri yang tidak suka begadang tetap membiarkan suaminya nonton bola tengah malam. Bahkan bisa jadi dia rela menemani atau membuat camilan. Padahal dia tidak paham, apa serunya orang-orang mengejar bola dan setelah dapat bola malah ditendang jauh-jauh. See? Inilah orang yang tidak paham dengan kita tapi tetap memahami kita. Inilah orang yang benar-benar memahami kita karena mereka tidak akan mematikan karakter kita dan akan terus mendukung kita.

Mari kita menjadi orang yang memahami orang lain, yang tidak hanya bisa memarahi, menghujat, atau bahkan mematikan karakternya jika kita tak paham dengan dirinyIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-83941563702434145202011-09-16T09:58:00.001+08:002011-09-16T11:41:58.099+08:00Senyum.....Tersenyumlah dan jangan bosan, agar musim gugur berganti semi, malam berganti pagi yang cerah .. dan saat itu, burung gagak yang hitam akan berubah menjadi tiung nan berkicau merdu..

Tersenyumlah, sebab senyuman akan mencairkan duka nestapa.. dan membangunkan kebahagiaan dari tidurnya.

Tersenyumlah, sebab senyum mu pertanda adanya kekuatan meskipun dunia ini kau rasakan melelahkan

Tersenyumlah, sebab semua duka tidak akan terbaca kecuali melalui senyuman mu.

Tersenyumlah dan jangan halangan diri mu untuk mendapatkan pahala kerana engkau telah memasukkan kebahagiaan kepada saudara mu.

Tersenyumlah, dan cukuplah sebagai balasannya, engkau akan mendapatkan senyuman yang lebih mendalam dan lebih jujur dari orang-orang di sekeliling mu.

Tersenyumlah untuk menyingkirkan duka dari dirimu dan dari orang-orang di sekeliling mu.

Tersenyumlah, sebab bukan engkau satu-satunya yang tertimpa berbagai masalah dalam kehidupan ini.

Tersenyumlah dan jangan bosan, dan tunjukkan kemampuan mu dalam menghadapi kehidupan dengan seluruh kesulitannya.

Tersenyumlah dalam menghadapi berbagai musibah dan jangan bosan, sebab engkau adalah seorang mukmin.

Tersenyumlah, sebab berkeluh kesah bukanlah kepribadianmu, sebab, bagi seorang beriman, segala urusan adalah kebaikan bagimu, dan engkau lebih kuat daripada kelemahan yang terlihat oleh orang-orang di sekelilingmu.

Tersenyumlah dan jangan bosan, dan jadilah orang yang kuat dalam menghadapi berbagai kesulitan.

Tersenyumlah, sebab senyuman adalah kampus yang telah melahirkan banyak generasi pejuang, dan jadilah teladan saat terjadi kekalahan.

Tersenyumlah dan hadapi gelombang putus asa yang menghadangmu, dan senyumanmu akan lebih kokoh daripada ujian takdir dan jadilah engkau lulusan terbaik dalam ujian ini.

Tersenyumlah, sebab senyumanmu merupakan lambang produktifitas, prinsip orang-orang yang cinta kebaikan, serta karakter orang-orang yang setia

Tersenyumlah, sebab engkau adalah seorang yang bisa tersenyum

Ingatlah bahwa senyuman adalah kehidupan setelah kematian oleh duka, dinamika setelah jiwa yang kering, dan betapa banyak derajat orang terangkat oleh senyuman, maka angkatlah derajatmu dengan senyumanmu.

Betapa banyak hati terbuka oleh senyuman, kegelapan menjadi terang dan himpitan masalah menjadi terbuka.

Tersenyumlah, sebab ia adalah cara paling mudah untuk menarik simpati dan ia adalah rahasia kreatifitasmu dalam menghimpun banyak muhibbin di sekelilingmu.

Harapanku yang paling mendalam, selalu bergembira dan tersenyumlah sepanjang waktuIbu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3460168616493979190.post-76575735946612895842011-09-12T23:40:00.001+08:002011-09-16T09:52:51.514+08:00Indahnya KesabaranSaya pernah merasakan kesedihan yang mendalam. Tetapi apa yang saya dapatkan, tidak ada sama sekali. Malah kesedihan yang saya pelihara itu membuat hidup tambah menderita dan kacau bilau. Kerana itulah saya menyakinkan anda bahawa bersedih terus menerus tidaklah berguna. Tidak dapat dibantah lagi bahawa kesedihan adalah salah satu kondisi yang paling tragis dan paling besar terasa sakitnya bagi raga maupun jiwa. Apabila ia menyatu bersama kuku-kukunya yang tajam ke dalam jiwa, tidak lama kemudian ia akan merobek-robeknya dan memporak-porandakannya. Maka akan kita dapatkan manusia yang kacau dan mengalami kegoncangan dalam hidup dan kehidupannya. Dan kesedihan tadi akan mempengaruhi sebahagian dan bahkan seluruh komponen kehidupannya jiwa dan raga, hingga ia melihat dunia dalam pandangan matanya lebih gelap dari kegelapan dan lebih sempit dari lubang jarum. Dan kesedihan akan menghitamkan kehidupannya dengan apa saja yang ia muntahkan atas dirinya dengan kesedihan-kesedihannya. Tatkala penyakit sedih tadi menjadi sebuah penyakit yang menimpa jiwa seluruhnya.

Ketahuilah bahwasanya raga itu terikat dengan jiwa dan begitupun sebaliknya. Penyakit yang menimpa jiwa akan memberikan pengaruh terhadap raga dan akan menjadikannya sakit, sebagaimana jiwa yang terpengaruh oleh raga yang sedang ditimpa penyakit. Penyembuhan jiwa dari penyakit-penyakitnya haruslah dimulai dari keharusan untuk memiliki kesihatan raga, sebab kesihatan jiwa sangat tergantung padanya..

Menghiasi diri dengan sikap sabar merupakan sikap orang-orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan lapang dada, tidak menyerah dan penuh percaya diri. Kalau tidak sabar apalagi yang akan dilakukan? Apakah ada solusi lain selain sabar? Apakah ada selain sabar yang bisa digunakan menghadapi persoalan hidup? Bersabarlah, sebagaimana kesabaran orang yang optimis akan datangnya pertolongan Allah. Bersabarlah, meskipun berbagai persoalan, membayangi kehidupan dan menghalangi jalan yang akan ditempuh. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Semakin kita sabar, semakin dapat menerima hidup ini apa adanya, bukan memaksakan hidup ini persis seperti yang kita kehendaki. Tanpa kesabaran, hidup pastilah akan membuat kesukaran.Kita akan mudah kecewa dan marah. Menjadi sabar mengharuskan kita membuka hati pada saat ini, bahkan bila kita tak menyukainya.. Maka dengan itu bersabarlah di dalam kehidupan...

... Ibu Nora ...

12/09/2011.. 2339Ibu Norahttp://www.blogger.com/profile/04428091905423068595noreply@blogger.com0