Rabu, 5 September 2012

Sekadar Berbicara....

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana menggerakkan jemari ini untuk menaip.. Rindu untuk menulis dan mengeluarkan bicara.. Puas memujuk hati supaya terpandu untuk menulis, adakala membaca penulisan orang lain membuatkan diri untuk kembali menulis.. Sekiranya tanpa izin yang Maha Kuasa, nescaya hati ini tidak akan bergerak dengan sendiri tanpa keizinan Pencipta nya iaitu Allah SWT...

Setiap hari asyik bermain dengan minda dan hati yang selalu memaksa diri ini berfikir dan berkata-kata.. Tapi apakan daya, hanya mampu terlindung disebalik wajah.. Hari-hari yang dilalui penuh dengan gelagat dan ragam manusia yang sempat dirakam.. Kalau ikutkan hati mahu sahaja diluahkan, tapi biarlah tersenyum sendirian menelan pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya, yang penting segala perhatian yang dilakukan cukup menbuatkan hati ini menilai baik dan buruknya.. Bak kata pepatah “yang baik di jadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan”...


Liku-liku kehidupan masih di lalui walaupun ada waktunya diri ini tidak difahami.. Susah untuk memahamkan orang lain dengan cara kita.. Ingin katakan kepada mereka.. " ini langkah ku.." Biarkan diri ini dengan dunia ku.. Tapi, apakan daya, kita turut terlibat dalam memahami manusia lain sehingga terpaksa korbankan langkah yang ingin ku cipta buat sementara waktu demi menjaga hati-hati yang dekat dengan ku.. Hati yang meronta menangis seolah-olah memujuk diri, tapi usahlah terlalu lemah dengan tangisan, simpanlah air mata itu untuk keinsafan.. Sepanjang tempoh ini, hati ku membimbangi kekuatan iman yang semakin lemah,..iya..itulah yang dapat dirasai tatkala ini, kesedaran dalam kelalaian.. Emosi pulak asyik terganggu dengan perasaan marah adakalanya.. Dalam hati berkata..susah nya nak senyum macam Rasulullah yang sentiasa senyum walaupun marah... Huhuhuhu....


Semoga hari-hari yang kita tempuhi penuh dengan ukiran senyuman walaupun dalam kondisi marah, geram dan sebagainya.. Senyum adalah perkara yang tidak memberi kesusahan kepada kita malah membalas dengan ketenangan...


Senyumlah untuk bahagia..
Senyumlah untuk tenang..
Senyumlah dalam kemarahan..
Senyuman itu warna kehidupan..
Senyum itu kunci rahsia..
Senyuman itu sunnah Rasulullah..
Senyumlah kepada kehidupan...




Isnin, 2 April 2012

Inilah Aturan Tuhan buat saya..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamulaikum.. Alhamdulillah.. kalam ini masih lagi mampu menyusun kata.. Seringkali saya mempersoalkan kenapa ini jalan hidup saya, yang saya tak pinta semuanya menjelma.. Memaksa saya pada awalnya untuk menerima setiap yang bakal saya lalui dengan penuh tidak kepuasan hati.. Namun saya tempuhi jua, hari demi hari sampai suatu ketika saya mula sedar penerimaan saya untuk sesuatu yang saya tidak rela dahulunya adalah yang terbaik buat saya...

Subhanallah...Allah yang mengatur setiap sesuatu.. Aturan Nya penuh dengan hikmah.. Hikmah yang terbaik buat kita.. Dari saat itu saya mulai sedar tak semestinya benda yang saya mahu adalah terbaik buat diri ini.. Allah labih mengetahui.. Yang dapat saya lakukan adalah sentiasa bersyukur padanya dan terus bersabar melalui setiap aturan Nya.. Bersabar dengan kesabaran yang baik mengundang seribu makna.. Baik yang nampak di mata mahu pun tidak...

Keadaan ini terus berlaku dari masa ke semasa.. Seolah-olah sudah ada ketetapan untuk saya.. Apa yang saya rancang dan impikan bukan milik saya dan sekarang saya di sini dan sekali lagi saya terpikir kenapa saya disini bukan disana.. Tempat yang diimpikan.. Jawapannya terus berlegar disekelilng saya.. Saya berfikir sendiri kenapa saya dihantar ke tempat sebegini.. Saya berada dalam keadaan ketidakpuasan hati.. Namun bila difikir kembali... ya!ada hikmah kenapa saya disini.. Inilah Aturan Tuhan buat saya.. Saya harus pikul tanggungjawab itu dan bukan mengeluh kenapa saya disini.. Bukankah Aturan Allah itu sangat indah.. Ada hikmah disebalik sesuatu...

Tempat saya bagaikan secebis dari tempat mereka mereka...Tapi itu bukan alasan untuk saya terus merendah diri.. Pesona keindahan duniawi yang sementara itu tidak lagi penting buat saya.. Jika inilah aturan Allah buat saya insyaallah saya terima seadanya.. Biarlah apa yang nak dikata mereka mereka.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Jika saya ditempat yang gah seperti mereka saya pasti terleka..

Banyak yang berlaku dalam hidup saya.. Banyak pula yang telah saya pertikaikan pada awalnya, tapi Alhamdulillah dengan izin Allah saya lihat ianya sebagai satu ujian buat saya.. Saya bisa merancang apa sahaja yang saya mahu tetapi saya sedar saya hanya hamba yang menentukan hanyalah Allah Maha pencipta.. Berduka cita dan melakukan sesuatu dalam keterpaksaan bukanlah yang dipinta.. Saya gembira... Amat gembira.. Sentiasa tersenyum bahagia, disini saya temui kualiti diri saya, apa yang saya miliki dan apa yang saya mampu beri biarpun tidak nampak dimata manusia kecil dimata mereka, diperlekeh setiap masa.. Itu hanya mainan dunia dan saya terima seadanya jika itu aturan NYA...

Jika dahulu saya membangkang cara.. Melangkah ke arah yang berbeza.. Maahad muhammadi bukan destinasi saya.. Pasti saya sudah tenggelam kerana saya tahu siapa saya sebelumnya dan apa akan terjadi pada saya jika saya bukan disana dan saya lalui dengan hati terbuka.. Sama juga seperti disini.. Aturan Tuhan meletakkan saya disini tentu ada jua hikmahnya.. Ini yang terbaik buat saya dan saya bersyukur pada Nya.. Apa hak saya untuk mempersoalkan aturan yang indah ini.. Ini yang terbaik.. Saya mulai sedar dan yakin aturan Tuhan itu terbaik buat saya.. Alhamdulillah saya panjatkan padaNya....

Khamis, 29 Mac 2012

Syiria

Syria..

Awan kegelapan
yang berlabuh
menjengah kota Ibrid

kesejukan menerjah
kedinginan malam
meratah jasad yang
gelimpangan
menjadi lambakan
mayat-mayat tidak berdosa

Kini nasibmu tak ubah
seperti nasib saudaramu di Palestine
Keangkuhan
kesombongan
pemimpin menjelmakan diri bertuhankan Syaitan

Syria

Nasib rakyatmu kian malap
hanya bertemankan rasa ketakutan
hanya ketakutan diselang-seli
tangis-sendu
dan rasa kekhuatiran
pada bedikan peluru berterbangan

Kini dentuman mengisi sunyi malam
darah merah memercik di sana-sini
kekejaman pemimpin yang rakus
setiap saat memunah harapan rakyat seluruhnya

mata terpanah pada paparan yang terhidang ..
memikirkan nasib saudara seakidah ..
panorama apakah yang sedang kalian tatapi ..
wujudkah ikatan bebenang utuh menyelimuti ..

atau, hanya ada peluru sesat yang hinggap menyapa ..
yang tidak mengenal siapa dan dimana ..
menusuk tubuh kalian tanpa belas dan kasihan ..

Syria

kami mendoakan
kami memohonkan
kesabaranmu atas petaka ini

Kepada seluruh
saudara seakidah kami
nun jauh beribu-ribu
kami segarkan semangat
juang rakyat yang bangkit
melawan kezaliman ini

Syria

kami sentiasa mendoakan
keselamatan ke atas kalian
meskipun dengan tulus doa
bersabar dan yakinlah
di kejauhan ini
suatu saat tiba detik
kezaliman itu akan binasa

.........

Hanya mengingati kezaliman
daripada pemimpin yang hanya
dahagakan kuasa di tangan

Sabtu, 17 Mac 2012

Dari Hati Ke Hati

Sekali kaki melangkah bermakna bekas bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejak kembali.. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju.. Setiap yang tiba melalui detik detik masa akan nyata dan pasti diterima.. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak mungkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan hiba...

Ayuh jiwa.. Kuburkan sahaja bencana yang menimpa.. Kerana segala galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia.. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita.. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang.. Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan.. Dan percubaan penentu kejayaan.. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam idamkan...

Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan.. Dilanda taufan bergelombanglah ia.. Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa.. Dan perjalanan masa aneh pula.. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya...

Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat.. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu satu kehidupan.. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan.. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.. Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman.. Kerana ia takkan kemana.. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti.. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa.. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam idamkan.. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara.. Tapi hampa jiwa dek cita cita bermakna selama-lamanya kecewa...

Sama sama kita mengatur langkah, walaupun hanya mampu berjalan, tidak semestinya orang yang berlalu itu pantas menerima kejayaan dan kebahagiaan.. Namun di sebalik perlahan penuh dengan hikmah dan keyakinan.. Kekuatan itu bermula dalam diri kita dan kita yang menentukan segalanya, sebagai motivasi buat diri kita, cukuplah kita percaya dengan kekuatan diri kita sendiri disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWT... Wallahua'lam

... Ibu Nora ...
17/03/12.. 2113


disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWT

Rabu, 29 Februari 2012

Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak

Bismillahirrahmannirrahim...

Terkadang aku terharu bilamana ada antara kamu mengatakan tulisan tulisan aku menyemarakan semangat kamu.. Menguatkan kamu dan memberi inspirasi bagi kamu.. Memang aku benar benar terharu.. Terharu, bukan bermakna aku berbangga dengan pujian kamu tetapi terharu kerana waktu yang aku peruntukan dihadapan laptop ini sekurang kurangnya dapat membuahkan kebaikan buat aku yang naif ini.. Seboleh bolehnya disetiap kedalaman hirup nafas ku ini, ingin aku damaikan jiwa kamu semua dalam mengalirkan semilir suara cinta dalam bayang indah syurga yang sama sama kita cari...

Apalah ada lagi dibumi ini? Selain ukhuwah kita dan dunia yang sering menyakiti kita..Tapi.. tidak semua tulisan ku dapat menarik perhatian kamu, kerana ada kalanya juga tulisan aku kosong dan kehilangan makna.. Bukan bermakna aku tidak mampu melembutkan hati kamu dengan bait bait lenggok puisi ku tetapi kerana hati ku diselaputi keliru.. Mana mungkin tulisan ku yang berpeluk dengan keliru dapat mengetuk pintu hati kamu yang sepi dan sunyi itu.. Aku tahu, ada diantara kita tidak semuanya bahagia.. Ada juga antara kita yang tidak mampu untuk ketawa.. Apa lagi dalam menemui bahgia sepotong kehendak dari hidup ini.. Seharusnya kita wajib terima kenyataan itu, kerana dunia memang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan.. Kalau pun bahgia, ianya hanyalah sebuah fatamorgana yang mengaburkan pandangan kita.. Ianya tidak kekal kerana ujian sering melilit kita.. Terkadang ia bagai raksaksa yang merangkul kita dan menutup segala ruang nafas bahgia.. Oleh itu jangan kita menjadikan dunia ini matlamat hidup kita.. Jadikanlah ia tempat pengumpulan pahala dan tebusan kita diakhirat sana dan bukan tempat santai kita mengumpul tawa.. Kawallah perasaan kita bila berhadapan dengan dunia.. Bersabar dan lakukanlah perubahan agar kita temui tawa dan senyum dihujung senja..

Ingatkah kamu lagi akan kata kata Umar bahawa dunia ini adalah keinginan yang tidak putus putus.. Kesibukan yang tak pernah habis dan angan angan yang tidak ada ujung nya.. Kerana itu manusia tidak akan pernah puas melayani nafsunya sehinggalah ditarik ruhnya dalam keadaan dia terkejut.. Sebelum sesuatu berlaku pada kita dan sebelum kita dipanggil pulang, seharusnya aku kamu dan semua kita harus berubah.. Koreksi iman kita.. Jika kegelapan carilah cahaya.. Jika kemarau basahkanlah ia.. Jika tandus suburkan ia.. Dan jika lemah, hidup dan bangunkanlah ia.. Dan itu semua memerlukan kekuatan dan kekuatan itu juga adalah pada diri kita sendiri yang harus kita cari.

Aku teringat kata seseorang pada ku dulu, andai kita rasa kita lemah bermakna kita kuat.. Andai kita rasa kita kekurangan dan terus bertanya untuk memperbaiki diri, maknanya hidayah Allah masih lagi terus bersama kita.. Cumanya kita kena teruskan usaha.. Memang, untuk menemukan kehendak iman kita dengan taufiq Allah itu bukanlah perkara mudah.. Katanya lagi, hanya satu saja jawabannya untuk kita buat yakni ” perang’.. Dengan ertikata mujahadah.. Memang kita tahu dan sebutnya selalu tapi apakah kita pernah cubanya selalu?.. Rasanya tidak.. Kita sering mengaku kalah sebelum berjuang.. Itulah sikap kita.. Tetapi jika kita tahu dan sedar akan tujuan hidup kita yang sebenarnya, pastinya kita mampu untuk bertarung dalam peperangan batin ini...

Sebenarnya kesedaran untuk berubah saja tidak cukup andai kita tidak punya iradah atau kemahuan yang kuat kerana hanya kemahuan yang kuat saja yang mampu men’drive’ kan kita menemui kenyataan.. Itulah titik temunya.. Orang yang jujur dengan kemahuannya saja yang dapat iltizam dan terus berada dijalan ini.. Marilah kita bawa kemahuan dan tenaga jiwa ini untuk menemui rindu kita.. Menemui airmata dosa kita agar dapat membasuh segala dosa duka.. Benarlah kata ulama’ salaf,

" Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak "

Ahad, 26 Februari 2012

Cantik

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.. Kita dibekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza..

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.. Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza.. Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.. Tetapi tetap jua kita berbeza...

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.. Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.. Tetapi mereka yang memuja meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.. Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.. Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan...

Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.. Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur kata yang lembut akan meruntun jiwa.. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.. Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.. Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita... Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah... Subhanallah.. Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.. Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha.. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya...

25/02/12.. 2145