Rabu, 5 September 2012

Sekadar Berbicara....

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana menggerakkan jemari ini untuk menaip.. Rindu untuk menulis dan mengeluarkan bicara.. Puas memujuk hati supaya terpandu untuk menulis, adakala membaca penulisan orang lain membuatkan diri untuk kembali menulis.. Sekiranya tanpa izin yang Maha Kuasa, nescaya hati ini tidak akan bergerak dengan sendiri tanpa keizinan Pencipta nya iaitu Allah SWT...

Setiap hari asyik bermain dengan minda dan hati yang selalu memaksa diri ini berfikir dan berkata-kata.. Tapi apakan daya, hanya mampu terlindung disebalik wajah.. Hari-hari yang dilalui penuh dengan gelagat dan ragam manusia yang sempat dirakam.. Kalau ikutkan hati mahu sahaja diluahkan, tapi biarlah tersenyum sendirian menelan pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya, yang penting segala perhatian yang dilakukan cukup menbuatkan hati ini menilai baik dan buruknya.. Bak kata pepatah “yang baik di jadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan”...


Liku-liku kehidupan masih di lalui walaupun ada waktunya diri ini tidak difahami.. Susah untuk memahamkan orang lain dengan cara kita.. Ingin katakan kepada mereka.. " ini langkah ku.." Biarkan diri ini dengan dunia ku.. Tapi, apakan daya, kita turut terlibat dalam memahami manusia lain sehingga terpaksa korbankan langkah yang ingin ku cipta buat sementara waktu demi menjaga hati-hati yang dekat dengan ku.. Hati yang meronta menangis seolah-olah memujuk diri, tapi usahlah terlalu lemah dengan tangisan, simpanlah air mata itu untuk keinsafan.. Sepanjang tempoh ini, hati ku membimbangi kekuatan iman yang semakin lemah,..iya..itulah yang dapat dirasai tatkala ini, kesedaran dalam kelalaian.. Emosi pulak asyik terganggu dengan perasaan marah adakalanya.. Dalam hati berkata..susah nya nak senyum macam Rasulullah yang sentiasa senyum walaupun marah... Huhuhuhu....


Semoga hari-hari yang kita tempuhi penuh dengan ukiran senyuman walaupun dalam kondisi marah, geram dan sebagainya.. Senyum adalah perkara yang tidak memberi kesusahan kepada kita malah membalas dengan ketenangan...


Senyumlah untuk bahagia..
Senyumlah untuk tenang..
Senyumlah dalam kemarahan..
Senyuman itu warna kehidupan..
Senyum itu kunci rahsia..
Senyuman itu sunnah Rasulullah..
Senyumlah kepada kehidupan...