Khamis, 29 Mac 2012

Syiria

Syria..

Awan kegelapan
yang berlabuh
menjengah kota Ibrid

kesejukan menerjah
kedinginan malam
meratah jasad yang
gelimpangan
menjadi lambakan
mayat-mayat tidak berdosa

Kini nasibmu tak ubah
seperti nasib saudaramu di Palestine
Keangkuhan
kesombongan
pemimpin menjelmakan diri bertuhankan Syaitan

Syria

Nasib rakyatmu kian malap
hanya bertemankan rasa ketakutan
hanya ketakutan diselang-seli
tangis-sendu
dan rasa kekhuatiran
pada bedikan peluru berterbangan

Kini dentuman mengisi sunyi malam
darah merah memercik di sana-sini
kekejaman pemimpin yang rakus
setiap saat memunah harapan rakyat seluruhnya

mata terpanah pada paparan yang terhidang ..
memikirkan nasib saudara seakidah ..
panorama apakah yang sedang kalian tatapi ..
wujudkah ikatan bebenang utuh menyelimuti ..

atau, hanya ada peluru sesat yang hinggap menyapa ..
yang tidak mengenal siapa dan dimana ..
menusuk tubuh kalian tanpa belas dan kasihan ..

Syria

kami mendoakan
kami memohonkan
kesabaranmu atas petaka ini

Kepada seluruh
saudara seakidah kami
nun jauh beribu-ribu
kami segarkan semangat
juang rakyat yang bangkit
melawan kezaliman ini

Syria

kami sentiasa mendoakan
keselamatan ke atas kalian
meskipun dengan tulus doa
bersabar dan yakinlah
di kejauhan ini
suatu saat tiba detik
kezaliman itu akan binasa

.........

Hanya mengingati kezaliman
daripada pemimpin yang hanya
dahagakan kuasa di tangan

Sabtu, 17 Mac 2012

Dari Hati Ke Hati

Sekali kaki melangkah bermakna bekas bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejak kembali.. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju.. Setiap yang tiba melalui detik detik masa akan nyata dan pasti diterima.. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak mungkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan hiba...

Ayuh jiwa.. Kuburkan sahaja bencana yang menimpa.. Kerana segala galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia.. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita.. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang.. Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan.. Dan percubaan penentu kejayaan.. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam idamkan...

Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan.. Dilanda taufan bergelombanglah ia.. Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa.. Dan perjalanan masa aneh pula.. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya...

Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat.. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu satu kehidupan.. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan.. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.. Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman.. Kerana ia takkan kemana.. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti.. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa.. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam idamkan.. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara.. Tapi hampa jiwa dek cita cita bermakna selama-lamanya kecewa...

Sama sama kita mengatur langkah, walaupun hanya mampu berjalan, tidak semestinya orang yang berlalu itu pantas menerima kejayaan dan kebahagiaan.. Namun di sebalik perlahan penuh dengan hikmah dan keyakinan.. Kekuatan itu bermula dalam diri kita dan kita yang menentukan segalanya, sebagai motivasi buat diri kita, cukuplah kita percaya dengan kekuatan diri kita sendiri disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWT... Wallahua'lam

... Ibu Nora ...
17/03/12.. 2113


disamping doa dan tawakkal yang berpanjangan kepada ALLAH SWT