Rabu, 29 Februari 2012

Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak

Bismillahirrahmannirrahim...

Terkadang aku terharu bilamana ada antara kamu mengatakan tulisan tulisan aku menyemarakan semangat kamu.. Menguatkan kamu dan memberi inspirasi bagi kamu.. Memang aku benar benar terharu.. Terharu, bukan bermakna aku berbangga dengan pujian kamu tetapi terharu kerana waktu yang aku peruntukan dihadapan laptop ini sekurang kurangnya dapat membuahkan kebaikan buat aku yang naif ini.. Seboleh bolehnya disetiap kedalaman hirup nafas ku ini, ingin aku damaikan jiwa kamu semua dalam mengalirkan semilir suara cinta dalam bayang indah syurga yang sama sama kita cari...

Apalah ada lagi dibumi ini? Selain ukhuwah kita dan dunia yang sering menyakiti kita..Tapi.. tidak semua tulisan ku dapat menarik perhatian kamu, kerana ada kalanya juga tulisan aku kosong dan kehilangan makna.. Bukan bermakna aku tidak mampu melembutkan hati kamu dengan bait bait lenggok puisi ku tetapi kerana hati ku diselaputi keliru.. Mana mungkin tulisan ku yang berpeluk dengan keliru dapat mengetuk pintu hati kamu yang sepi dan sunyi itu.. Aku tahu, ada diantara kita tidak semuanya bahagia.. Ada juga antara kita yang tidak mampu untuk ketawa.. Apa lagi dalam menemui bahgia sepotong kehendak dari hidup ini.. Seharusnya kita wajib terima kenyataan itu, kerana dunia memang tidak pernah menjanjikan kebahagiaan.. Kalau pun bahgia, ianya hanyalah sebuah fatamorgana yang mengaburkan pandangan kita.. Ianya tidak kekal kerana ujian sering melilit kita.. Terkadang ia bagai raksaksa yang merangkul kita dan menutup segala ruang nafas bahgia.. Oleh itu jangan kita menjadikan dunia ini matlamat hidup kita.. Jadikanlah ia tempat pengumpulan pahala dan tebusan kita diakhirat sana dan bukan tempat santai kita mengumpul tawa.. Kawallah perasaan kita bila berhadapan dengan dunia.. Bersabar dan lakukanlah perubahan agar kita temui tawa dan senyum dihujung senja..

Ingatkah kamu lagi akan kata kata Umar bahawa dunia ini adalah keinginan yang tidak putus putus.. Kesibukan yang tak pernah habis dan angan angan yang tidak ada ujung nya.. Kerana itu manusia tidak akan pernah puas melayani nafsunya sehinggalah ditarik ruhnya dalam keadaan dia terkejut.. Sebelum sesuatu berlaku pada kita dan sebelum kita dipanggil pulang, seharusnya aku kamu dan semua kita harus berubah.. Koreksi iman kita.. Jika kegelapan carilah cahaya.. Jika kemarau basahkanlah ia.. Jika tandus suburkan ia.. Dan jika lemah, hidup dan bangunkanlah ia.. Dan itu semua memerlukan kekuatan dan kekuatan itu juga adalah pada diri kita sendiri yang harus kita cari.

Aku teringat kata seseorang pada ku dulu, andai kita rasa kita lemah bermakna kita kuat.. Andai kita rasa kita kekurangan dan terus bertanya untuk memperbaiki diri, maknanya hidayah Allah masih lagi terus bersama kita.. Cumanya kita kena teruskan usaha.. Memang, untuk menemukan kehendak iman kita dengan taufiq Allah itu bukanlah perkara mudah.. Katanya lagi, hanya satu saja jawabannya untuk kita buat yakni ” perang’.. Dengan ertikata mujahadah.. Memang kita tahu dan sebutnya selalu tapi apakah kita pernah cubanya selalu?.. Rasanya tidak.. Kita sering mengaku kalah sebelum berjuang.. Itulah sikap kita.. Tetapi jika kita tahu dan sedar akan tujuan hidup kita yang sebenarnya, pastinya kita mampu untuk bertarung dalam peperangan batin ini...

Sebenarnya kesedaran untuk berubah saja tidak cukup andai kita tidak punya iradah atau kemahuan yang kuat kerana hanya kemahuan yang kuat saja yang mampu men’drive’ kan kita menemui kenyataan.. Itulah titik temunya.. Orang yang jujur dengan kemahuannya saja yang dapat iltizam dan terus berada dijalan ini.. Marilah kita bawa kemahuan dan tenaga jiwa ini untuk menemui rindu kita.. Menemui airmata dosa kita agar dapat membasuh segala dosa duka.. Benarlah kata ulama’ salaf,

" Kalau engkau mempunyai cita cita, hendaklah engkau mempunyai kehendak "

Ahad, 26 Februari 2012

Cantik

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.. Kita dibekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza..

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.. Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza.. Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.. Tetapi tetap jua kita berbeza...

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.. Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.. Tetapi mereka yang memuja meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.. Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.. Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan...

Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.. Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur kata yang lembut akan meruntun jiwa.. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.. Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.. Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita... Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah... Subhanallah.. Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.. Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha.. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya...

25/02/12.. 2145