Ahad, 26 Februari 2012

Cantik

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.. Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.. Kita dibekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.. Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza..

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.. Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza.. Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.. Tetapi tetap jua kita berbeza...

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.. Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.. Tetapi mereka yang memuja meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.. Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.. Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan...

Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.. Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur kata yang lembut akan meruntun jiwa.. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.. Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.. Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita... Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah... Subhanallah.. Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.. Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha.. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya...

25/02/12.. 2145

Tiada ulasan: