Jumaat, 9 Disember 2011

Dialah Allah....

Jangan salah sangka.. Bukan ibu bapa mu yang memaksa kamu menjadi seorang insan yang soleh.. Bukan ustaz yang mengajar mu yang sebenarnya menyuruh mu melakukan ibadah dan menjadi hamba Allah.. Bukan imam di masjid yang berceramah menyuruh mu menjadi hamba yang soleh lagi taat.. Bukan penulis tulisan ini yang menyuruh mu dan dirinya sendiri, menjadi hamba Allah yang sebenar.. Tetapi Allah yang menyuruh kita menjadi hamba yang diredhai Nya dengan melaksanakan tugas tugas kehambaan lalu Dialah yang akan membalasinya.. Penulis tulisan ini, imam masjid, ustaz yang berceramah atau yang mengajar di sekolah, hatta ibu bapa sekalipun, siapa kami dan siapa mereka, untuk menyuruh kamu (dan diri penulis), menjadi hamba Allah yang baik dan taat? Tetapi, yang menyuruh kita menjadi hamba Nya yang taat adalah Allah, Tuhan yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada, daripada tidak memiliki apa apa kepada mendapat segenap nikmat kurnia, daripada air yang tiada nilai kepada insan yang mulia dan Dialah yang akhirnya Tuhan yang akan mengadili kita setelah kita kembali hanya kepada Nya setelah mati nanti..

Kalau kita diberi peluang untuk melawan Allah sekalipun, kita sudah tentu tidak mampu untuk melawan Allah.. Apatah lagi, kita tidak beri peluang langsung untuk bertanya apa yang Dia telah dan akan lakukan kepada kita, sedangkan kitalah yang akan dipertanyakan.. Adakah seseorang itu menyangka dia ialah seseorang jika melakukan penderhakaan kepada Allah dan Allah tercabar dengan kedegilan itu?.. Sejak bila Allah perlukan kita untuk ambil kisah dengan tindakan buruk kita dan sejak bila kerajaan Allah boleh berkurangan dengan penderhakaan kita andai kita sanggup menderhakaiNya?.. Kita tidak cerdik kalau memilih untuk melakukan apa yang kita percaya, hanya kerana itu yang kita percaya, tanpa mengambil kira samada ianya adalah suatu yang hakiki atau khayalan fantasi sendiri.. Kalau kita bukan penasihat kepada diri kita sendiri, maka tiada yang boleh menasihati kita.. Orang boleh ajak kita berfikir, tetapi orang tidak boleh berfikir untuk kita.. Kita pun faham, kita tidak pernah mampu membahagiakan diri kita sendiri dengan apa yang kita cari.. Akhirnya, kebahagiaan itu adalah daripada Allah dan dengan Allah.. Hidup untuk diri sendiri tidak berbaloi kerana mati nanti akan menjadi pemisah terhadap semua yang kita kumpulkan untuk kepentingan sendiri dan diri sendiri pun tidak ada nilai melainkan apa yang di sisi Allah.. Hidup kerana Allah tidak pernah mengecewakan, kerana setiap saat kita berinteraksi dengan Nya sebagai tujuan.. Sebagaimana kita tidak pernah meninggalkan Nya dalam setiap tindakan, kita juga tidak akan ditinggalkan Nya dalam setiap ketentuan.. Bahkan, kita sentiasa bersama denganNya dan bersama dengan kebersamaan tersebut...

Kita masih ada masa, tetapi jangan buang masa.. Kita masih ada peluang, tetapi jangan jadikan sebagai alasan.. Jangan kelalaian semalam menjadi sebab untuk kelalaian esok.. Salah itu bukan alasan untuk terus salah, tetapi adalah sebab untuk melakukan perubahan dan pembetulan ke arah penyempurnan kehambaan.. Ianya adalah tentang sekarang, untuk lakukan apa yang perlu, untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.. Allah Maha Penerima Taubat, bagi mereka yang jujur untuk kembali kepada Nya.. Namun ingatlah, Dia juga Maha berat siksaan-Nya, bagi mereka yang mempunyai rasa berani menderhakai Nya dan berterusan dalam kelalaian kerana puas dengan penderhakaan tersebut.. Taubat boleh membawa kepada menghilangkan dosa besar dengan keampunan Allah sedangkan berterusan melakukan dosa walaupun kecil, tanpa keampunan Allah ia akan menjadi masalah besar kepada si pelakunya di akhirat.. Ia bukan tentang dosa seseorang, tetapi tentang kepada siapa dia melakukan dosa.. Kita adalah hamba samada kita akuinya mahupun tidak.. Bahkan, kita adalah hamba, samada hamba kepada Allah, yang merupakan suatu kemuliaan di sisi Nya, atau hamba kepada nafsu sendiri, yang merupakan suatu kehinaan di hadapan Nya.. Allah adalah Allah jua, tanpa kita.. Namun, siapalah kita, tanpa-Nya?...

... Ibu Nora ...
9/12/11.. 2250

Tiada ulasan: