Selasa, 12 Julai 2011

Assalamualaikum...

Sesekali apabila saya ingin menulis, saya bermula dengan rasa takut-takut. Takut memikirkan penilaian orang pada tulisan saya walaupun mungkin hanya beberapa kerat sahaja yang membaca. Takut tersalah tulis. Takut macam-macam. Benda-benda seperti ini ada kalanya menyekat saya.

Hakikatnya menulis tidak boleh sekadar suka-suka atau untuk syok sendiri apalagi tulisan itu diletakkan dalam ruangan umpamanya yang tentu dapat dibaca oleh sesiapa sahaja. Apa sahaja yang ditulis adalah tanggungjawab penulis yang akan dituntut sama ada di dunia atau di akhirat. Saya cuba mengelak atau mengajak orang lain meremehkan perkara ini.

Saya telah berniat daripada awal bahawa saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan saya. Urusan dunia yang sering menghalang saya untuk mengingatkan orang lain diharap sedikit tertebus dengan apa yang saya sampaikan melalui tulisan. Maka, saya sangat bimbang apa yang saya tulis gagal menyentuh hati saya sendiri apalagi orang lain. Hati yang tidak bercahaya bagaimana mungkin dapat menerangi hati orang lain?




... Ibu Nora ...

1 ulasan:

Sifu Pensyarikatan berkata...

ibu ku yang dikasih Allah dan diberkati olehNya....semoga langkahmu teru maju kehadapan...anakanda akan sentiasa menyokong bonda dari jauh.....alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberikan ibu kecerdasan akan dan kekuatan minda untuk menulis...... :)